Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Mengesan tarikh, kenalan dan banyak lagi dalam dokumen pada Mac
Banyak app mengesan data (seperti tarikh, lokasi atau nombor telefon) yang boleh digunakan dalam app lain, seperti Kalendar atau Kenalan; sesetengah app mungkin juga cadangkan peristiwa atau kenalan baru berdasarkan pada data. Untuk sesetengah app, anda boleh aktifkan atau nyahaktifkan pengesanan data.
Dalam app pada Mac anda, buka dokumen, kemudian pilih Edit > Penggantian > Pautan Pintar (tanda semak menunjukkannya aktif).
Gerakkan penuding merentas nombor telefon, alamat e-mel, alamat jalan, tarikh atau masa di mana-mana kawasan dalam teks.
Klik anak panah dalam kotak yang menggariskan data, kemudian pilih perintah daripada menu timbul.
Anda juga boleh klik paksa maklumat digariskan.