Tukar bunyi amaran pada Mac
Apabila anda cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan, atau jika Mac anda memerlukan input atau maklumat lanjut, mesej amaran muncul pada skrin anda dan bunyi amaran dimainkan. Anda boleh menukar bunyi amaran dan menetapkan kelantangannya.
Buka anak tetingkap Kesan Bunyi untuk saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bunyi, kemudian klik Kesan Bunyi.
Untuk memilih bunyi isyarat, kliknya dalam senarai.
Isyarat bermain apabila anda memilihnya supaya anda boleh mendengar cara ia kedengaran.
Lakukan mana-mana daripada berikut untuk melaraskan bunyi isyarat.
Ubah di mana anda mendengar amaran: Biasanya anda memainkan kesan bunyi melalui speaker dalaman komputer anda, tetapi jika peranti output bunyi lain tersedia, anda boleh memilihnya dari menu timbul “Main kesan bunyi melalui”.
Laraskan kelantangan amaran: Seret penggelongsor kelantangan Amaran. Kelantangan amaran adalah relatif kepada kelantangan output komputer anda, jadi jika anda mengurangkan kelantangan komputer, bunyi amaran juga dikurangkan.
Pilih sama ada untuk mendengar kesan bunyi antara muka pengguna: Mac anda memainkan kesan bunyi apabila anda melaksanakan tindakan tertentu, seperti menyeret item ke Sampah. Untuk nyahaktifkan kesan bunyi, nyahpilih kotak semak “Main kesan bunyi antara muka pengguna”.
Pilih sama ada untuk mendengar kesan bunyi apabila anda mengubah kelantangan: Pada sesetengah papan kekunci, apabila anda menekan salah satu daripada kekunci kelantangan, bunyi amaran dimainkan untuk membolehkan anda mendengar kelantangan yang baru. Untuk mencegah bunyi ini, nyahpilih kotak semak “Main maklum balas bila kelantangan diubah”. Untuk membatalkan seting ini buat sementara waktu, tekan terus kekunci Shift apabila anda menekan kekunci kelantangan. (Tidak semua papan kekunci mempunyai kekunci kelantangan.)
Petua: Anda juga boleh menjadikan skrin berkerlip apabila amaran muncul. Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Kebolehcapaian, kemudian klik Audio dan pilih “Kerlipkan skrin apabila bunyi isyarat berlaku.”