
Gunakan kawalan trek Logic Remote pada iPad
Semasa bekerja dalam grid Live Loops, anda boleh menunjukkan pengepala trek. Setiap trek mempunyai pengepala trek, yang menyertakan ikon dan kawalan trek untuk menyenyapkan dan mensolokan trek, melaraskan kelantangan trek dan mendayakan trek untuk rakaman.

Tunjukkan kawalan trek
- Sentuh dan tahan ikon trek, kemudian seret ke kanan untuk menunjukkan kawalan trek. - Untuk menyembunyikan kawalan trek, sentuh dan tahan ikon trek, kemudian seret ke kiri. 
Senyapkan trek
- Ketik butang Senyap  dalam pengepala trek. dalam pengepala trek.- Ketik butang Senyap lagi untuk menyahsenyapkan trek. 
Solokan trek
- Ketik butang Solo  dalam pengepala trek. dalam pengepala trek.- Ketik butang Solo lagi untuk menyahsolo trek. 
Dayakan trek untuk rakaman
- Ketik butang Rakam Didayakan  dalam pengepala trek. dalam pengepala trek.- Ketik butang Rakam Didayakan lagi untuk menyahdayakan trek untuk rakaman. 
Laraskan kelantangan trek
- Seret gelangsar Kelantangan dalam pengepala trek kiri atau kanan.