Hantar pembentangan Keynote pada Mac
Anda boleh menghantar salinan pembentangan Keynote menggunakan AirDrop, Mail, Mesej atau perkhidmatan lain. Anda juga boleh menghantar pembentangan anda sebagai fail PDF atau Microsoft PowerPoint, atau sebagai filem.
Hantar salinan dalam Keynote atau format lain
Anda boleh mengehadkan akses kepada salinan dengan menambahkan kata laluan padanya. Untuk menghalang orang lain daripada mengubah suai salinan, anda boleh mengunci pembentangan.
Dengan pembentangan terbuka, pilih Kongsi > Hantar Salinan > [pilihan penghantaran].
Pilih format untuk salinan dan tentukan seting:
PDF: Fail ini boleh dibuka dan kadangkala diedit dengan aplikasi seperti Pratonton dan Adobe Acrobat. Setiap slaid muncul pada halaman PDF tersendiri. Pilih kotak semak bersebelahan nota penyampai dan slaid yang dilangkau jika anda mahu mencetaknya. Jika anda pilih “Cetak setiap peringkat binaan,” setiap binaan akan dicetak pada halamannya sendiri, dalam tertib yang sama dengan tertib ia muncul dalam pembentangan. Untuk menyertakan komen dalam PDF, pilih kotak semak “Sertakan komen”.
Klik menu timbul Kualiti Imej, kemudian pilih pilihan (lebih tinggi kualiti imej, lebih besar saiz fail). Jika anda menambah perihalan imej, lukisan, audio, atau video untuk teknologi bantuan (contohnya, VoiceOver), perihalan dieksport secara automatik. Untuk menyertakan tag kebolehcapaian bagi jadual besar, klik Pilihan Lanjutan, kemudian pilih Aktifkan.
Nota: Untuk lebih pilihan PDF, klik Batal, pilih Fail > Cetak, kemudian klik Tunjukkan Butiran di bahagian bawah pilihan cetakan.
PowerPoint: Jika fail perlu serasi dengan versi lama Microsoft PowerPoint (1997-2003), klik Pilihan Lanjutan, kemudian pilih .ppt daripada menu timbul.
Filem: Jika anda telah merakam pengisahan, anda boleh mengklik menu timbul Main Balik, kemudian pilih Rakaman Tayangan Slaid. Sebaliknya, pembentangan anda bermain sendiri dan maju ke slaid seterusnya atau bina menurut selang masa yang anda masukkan. Jika anda mempunyai animasi yang disetkan kepada maju selepas binaan atau transisi sebelumnya, ia tidak dipengaruhi oleh selang masa yang anda masukkan.
Klik menu timbul Resolusi, kemudian pilih resolusi. Untuk mengesetkan resolusi tersuai, klik Tersuai di bahagian bawah menu.
Jika terdapat kotak semak kata laluan, lakukan salah satu daripada berikut:
Setkan kata laluan: Pilih “Perlukan kata laluan untuk membuka”, kemudian masukkan kata laluan. Ia digunakan hanya pada salinan.
Simpan kata laluan pembentangan asal: Pastikan kotak semak “Perlukan kata laluan untuk membuka” dipilih.
Gunakan kata laluan berbeza untuk salinan yang anda sedang hantar: Pilih “Perlukan kata laluan untuk membuka”, klik Tukar Kata Laluan, kemudian setkan kata laluan baharu.
Hantar salinan tanpa kata laluan: Nyahpilih kotak semak “Perlukan kata laluan untuk membuka”.
Klik Seterusnya, kemudian berikan maklumat yang diminta (contohnya, alamat e-mel jika anda menghantar e-mel).
Jika anda tidak mendaftar masuk ke akaun anda untuk kaedah yang anda gunakan, anda diminta untuk mendaftar masuk sebelum meneruskan. Untuk AirDrop, pembentangan dihantar apabila penerima menerimanya.
Untuk lebih pilihan format, anda boleh mengeksport pembentangan ke format lain dan kemudian menghantarnya. Lihat Eksport ke PowerPoint atau format fail lain dalam Keynote pada Mac.
Untuk memudahkan anda menghantar, menyiarkan atau berkongsi pembentangan, anda boleh mengurangkan saiz failnya.