Setkan format filem dan imej untuk pembentangan Keynote pada Mac.
Secara lalai, Keynote menukarkan semua filem HEVC kepada H.264 supaya ia boleh dilihat pada peranti Mac yang lebih lama dan peranti iOS yang lebih lama. Imej disimpan dalam format asal tidak kira sama ada format boleh dilihat pada iPhone dan iPad atau tidak. Anda boleh menukar seting ini jika anda mahu menggunakan filem yang diformat menggunakan Pengekodan Video Kecekapan Tinggi (HEVC) atau mahu memastikan imej dan filem yang boleh dilihat pada sebarang peranti.
Optimumkan format video dan imej
Pemampatan video standard, H.264, dimainkan pada kebanyakan peranti iOS, peranti iPadOS dan komputer Mac. Video dalam format HEVC mungkin tidak dimainkan pada komputer dan peranti dengan versi macOS dan iOS yang lebih lama.
Pilih Keynote > Keutamaan (daripada menu Keynote di bahagian atas skrin anda), kemudian klik Umum di bahagian atas tetingkap keutamaan.
Dalam bahagian Menambah Media, pilih gabungan pilihan untuk hasil yang anda mahu:
Simpan semua filem dan imej dalam format asalnya: Nyahpilih kedua-dua kotak semak “Optimumkan filem dan imej untuk iPhone dan iPad” dan kotak semak “Optimumkan filem untuk peranti lebih lama”. Filem dan imej mungkin tidak dipaparkan pada semua peranti, atau pada semua versi macOS, iOS dan iPadOS.
Tukar filem HEVC dan filem dalam format yang tidak disokong kepada H.264 dan imej dalam format yang tidak disokong kepada format yang serasi: Pilih kedua-dua kotak semak “Optimumkan filem dan imej untuk iPhone dan iPad” dan kotak semak “Optimumkan filem untuk peranti lebih lama”. Filem HEVC dan filem dalam format yang tidak disokong ditukar kepada H.264 dan imej dalam format yang tidak disokong ditukar kepada format yang serasi (contohnya, JPEG) dan boleh dipaparkan pada semua peranti dan versi macOS, iOS dan iPadOS.
Tukar filem HEVC kepada H.264, tetapi kekalkan filem dan imej lain dalam format asalnya: Nyahpilih kotak semak “Optimumkan filem dan imej untuk iPhone dan iPad”, kemudian pilih kotak semak “Optimumkan filem untuk peranti lebih lama”. Filem dalam format H.264 dimainkan pada semua peranti dan versi macOS, iOS dan iPadOS, tetapi filem dan imej dalam format yang tidak disokong mungkin tidak dipaparkan pada semua peranti.
Kekalkan filem HEVC dan H.264 dalam format asalnya, tetapi tukar filem dan imej dalam format yang tidak disokong: Pilih kotak semak “Optimumkan filem dan imej untuk iPhone dan iPad”, kemudian nyahpilih kotak semak “Optimumkan filem untuk peranti lebih lama”. Filem dalam format yang tidak disokong ditukar kepada H.264 kecuali perkakasan komputer anda menyokong pengekodan HEVC, dalam hal ini ia ditukar kepada HEVC. Imej dalam format yang tidak disokong ditukar kepada format yang serasi (contohnya, JPEG).
Seting ini digunakan hanya pada filem dan imej yang anda tambahkan mulai sekarang dan bukan pada sebarang filem dan imej sedia ada dalam pembentangan anda.
Nota: Versi macOS yang lebih awal daripada macOS Catalina 10.15 tidak menyokong kelutsinaran dalam filem HEVC, jadi jika filem HEVC anda mempunyai kelutsinaran (contohnya, dalam latar belakang), apa-apa sahaja yang dikodkan dalam filem (contohnya, hitam) ditunjukkan.