Pautkan ke halaman web, e-mel, atau slaid dalam Keynote pada Mac
Anda boleh menukar teks, kotak teks, imej, bentuk, garis, anak panah dan video menjadi pautan yang anda boleh klik semasa pembentangan untuk membuka halaman web atau mesej e-mel, melompatkan ke slaid lain, atau keluar daripada tayangan slaid.
Semasa anda menaip teks dalam kotak teks atau bentuk, Keynote mengesan alamat web (URL) dan alamat e-mel yang sah dan mengayakannya (sebagai contoh, dengan garis bawah atau warna yang berlainan) untuk menandakan yang pautan ialah pautan aktif. Jika anda tidak mahu Keynote mengesan pautan secara automatik, anda boleh menyahaktifkan pemformatan pautan automatik.
Tambah pautan
Control-klik objek, kotak teks, atau teks dipilih yang anda mahu tukarkan menjadi pautan, pilih Tambah Pautan, kemudian pilih destinasi (Slaid, Halaman Web, atau E-mel).
Tentukan butiran untuk destinasi:
Slaid: Pergi ke slaid lain dalam pembentangan. Pilih salah satu pilihan slaid atau tentukan nombor slaid.
Halaman web: Masukkan halaman web dalam pelayar. Dalam medan Pautan, masukkan URL halaman web. Untuk pautan teks, dalam medan Paparan, masukkan teks yang anda mahu pembaca lihat. Sebagai contoh, anda mungkin mahu menunjukkan nama domain dan bukan seluruh alamat web.
E-mel: Membuka mesej e-mel yang dipraalamatkan dengan alamat yang anda berikan dalam medan Kepada. Untuk pautan teks, dalam medan Paparan, masukkan teks yang anda mahu pembaca lihat. Sebagai contoh, anda mungkin mahu tunjukkan nama penerima dan bukan seluruh alamat e-mel. Masukkan subjek dalam medan Subjek atau biarkan kosong.
Keluar daripada tayangan slaid: Tamatkan tayangan slaid.
Untuk mengesahkan destinasi, klik butang Pergi ke Slaid, Buka Pautan, atau Karang E-mel; jika tidak, klik slaid untuk menutup editor pautan.
Teks yang dipautkan mempunyai garis bawah dan ikon pautan (nampak seperti anak panah melengkung) muncul bersebelahan objek yang dipautkan. Ikon tersebut tidak ditunjukkan apabila anda memainkan pembentangan anda.
Edit atau nyahaktifkan pautan
Klik teks dipautkan atau ikon pautan pada objek dipautkan.
Jika pautan dalam sel jadual, klik sel jadual terlebih dahulu, kemudian klik ikon pautan.
Dalam editor pautan, klik Edit.
Buat perubahan anda atau ketik Keluarkan.
Apabila anda mengeluarkan pautan, teks pautan dikekalkan, tetapi pemformatan pautan dikeluarkan dan pautan tidak lagi aktif.
Apabila anda selesai, klik slaid untuk menutup editor pautan.
Nyahaktifkan pemformatan automatik untuk pautan
Jika anda tidak mahu Keynote memformatkan URL halaman web dan alamat e-mel sebagai teks aktif, anda boleh menyahaktifkan pemformatan automatik.
Pilih Keynote > Keutamaan (daripada menu Keynote di bahagian atas skrin anda).
Klik Pembetulan Auto di bahagian atas tetingkap keutamaan.
Dalam bahagian Pemformatan, nyahpilih kotak semak “Kesan pautan secara automatik”.
Jika anda tidak mahu pautan menunjukkan pemformatan tetapi masih mahukannya menjadi aktif, pilih “Kesan pautan secara automatik” dan nyahpilih “Gunakan gaya Pautan secara automatik”.
Seting ini digunakan ke teks baru yang anda masukkan dalam semua pembentangan Keynote. Pautan sedia ada tidak dipengaruhi oleh perubahan tersebut.
Anda boleh menyediakan tayangan slaid anda sebagai pembentangan interaktif yang menukar slaid apabila penonton mengklik pautannya. Pembentangan interaktif pautan sahaja berguna terutamanya dalam aturan kiosk.