Edit video dan audio dalam Keynote pada Mac
Selepas anda menambah video atau audio pada slaid, anda boleh setkannya untuk mengulangi dalam gelung dan menukar masa permulaannya dalam pembentangan anda. Anda juga boleh memangkasnya untuk bermain hanya sebahagian daripada video atau audio dan melaraskan kelantangan main baliknya dalam pembentangan anda. Untuk video, anda boleh menukar bingkai poster yang dipaparkan pada slaid untuk mewakili video.
Setkan gelung video atau audio dan masa permulaan
Klik untuk memilih video atau audio pada slaid.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem atau Audio.
Untuk mengesetkan masa video atau audio mula dimainkan pada slaid, pilih salah satu daripada berikut:
Apabila anda klik: Pilih kotak semak bersebelahan “Mulakan filem bila diklik” atau “Mulakan audio bila diklik”.
Secara automatik apabila slaid muncul: Nyahpilih kotak semak bersebelahan “Mulakan filem bila diklik” atau “Mulakan audio bila diklik”.
Untuk mengesetkan media untuk berulang sehingga anda memajukan slaid, klik menu timbul Ulang, kemudian pilih cara anda mahu ia dimainkan:
Mainkan dalam gelung berterusan: Pilih Gelung.
Mainkan ke depan dan kemudian ke belakang: Pilih Gelung Berulang-alik.
Nota: Audio dirakam tidak boleh gelung berulang-alik.
Pangkas video atau audio
Klik untuk memilih video atau audio pada slaid.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem atau Audio.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Edit Filem atau Edit Audio, kemudian seret gelangsar Pangkas.
Nota: Anda tidak boleh memangkas audio yang anda rakam dalam Keynote pada iPhone atau iPad anda.
Tukar bingkai poster untuk video
Anda boleh memilih bingkai yang dipaparkan pada slaid untuk mewakili video.
Klik untuk memilih video pada slaid.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem.
Klik segi tiga pendedahan bersebelahan Edit Filem, kemudian seret gelangsar Bingkai Poster.
Laraskan kelantangan main balik
Klik untuk memilih video atau audio pada slaid.
Dalam bar sisi Format , klik tab Filem atau Audio.
Seret gelangsar Kelantangan.
Untuk bekerja dengan berbilang video atau objek audio pada masa yang sama, tahan kekunci Shift sambil mengklik objek.
Anda boleh mengesetkan Keynote untuk mengoptimumkan format dan kualiti filem serta imej yang anda tambah ke pembentangan.