Gunakan Handoff untuk memindahkan pembentangan Keynote
Apabila Mac, iPhone, iPad, atau Apple Watch anda berhampiran satu sama lain, anda boleh menggunakan Handoff untuk menghantar pembentangan yang anda usahakan daripada satu peranti ke yang lain. Contohnya, jika anda mengusahakan pembentangan Keynote pada iPhone anda dan berada berhampiran Mac, anda boleh memilih pembentangan pada Mac anda dan menghabiskan pembentangan di situ.
Handoff memerlukan:
OS X 10.10 atau lebih baru pada Mac
iOS 8 atau lebih baru pada iPhone atau iPad
iPadOS pada iPad
Bluetooth 4 (Bluetooth LE) pada kedua-dua sistem
Kedua-dua peranti menggunakan iCloud mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada rangkaian Wi-Fi yang sama
Anda boleh sediakan Handoff dalam Keutamaan Sistem pada Mac anda (klik Umum, kemudian pilih “Benarkan Handoff antara Mac ini dan peranti iCloud anda”) dan dalam Seting pada iPhone atau iPad anda (pergi ke Umum > Handoff, kemudian aktifkan Handoff).
Hand off pembentangan ke iPhone atau iPad
Buka pembentangan pada Mac anda.
Apabila Mac anda berdekatan dengan peranti yang anda mahu hand off, ikon Handoff untuk Keynote muncul di penjuru bawah kiri pada skrin Kunci peranti.
Nota: Hanya app yang sedang anda gunakan boleh hand off kerja anda.
Pada peranti, leret ke atas pada untuk membuka pembentangan.
Anda juga boleh melihat ikon Handoff apabila anda mengklik butang Utama atau meleret ke atas daripada bahagian bawah skrin untuk mendedahkan skrin berbilang tugas. Ketik Keynote di bahagian bawah skrin untuk meneruskan dari tempat anda tinggalkan.
Hand off pembentangan ke Mac
Pada iPhone, iPad, atau Mac lain, buka pembentangan.
Apabila peranti atau Mac lain berada berhampiran Mac yang anda mahu hand off, ikon Handoff muncul di sebelah kiri Dock.
Klik ikon Handoff untuk membuka pembentangan.
Petua: Jika anda memainkan pembentangan pada Mac, anda juga boleh menggunakan Handoff untuk menukarkan iPhone atau iPad kepada kawalan jauh untuk pembentangan. Lihat Gunakan kawalan jauh untuk mengawal pembentangan dalam Keynote pada Mac.
Untuk mendapatkan arahan tambahan tentang menyediakan dan menggunakan Handoff, klik desktop untuk bertukar kepada Finder, pilih Bantuan > Bantuan macOS (daripada menu Bantuan di bahagian atas skrin anda), kemudian cari “Handoff”.