Keynote

Laraskan jarak aksara dalam Keynote pada Mac
Anda boleh menambah atau mengurangkan jarak antara aksara dalam mana-mana teks. Anda mungkin mahu gunakan cara ini, contohnya, untuk mengubah panjang baris dalam dokumen atau memuatkan tajuk dalam satu baris.
Cara lain untuk mengawal jarak aksara ialah untuk menggunakan ligatur, sambungan hiasan dua aksara untuk membentuk satu aksara tipografi. Anda boleh menggunakan ligatur dalam pembentangan anda jika fon yang anda gunakan menyokongnya.
