Tambah dan edit slaid induk dalam Keynote pada Mac
Tataletak slaid yang digunakan dalam setiap tema Keynote adalah berdasarkan slaid induk. Apabila anda mahu menambah slaid yang mempunyai elemen tertentu pada pembentangan anda—seperti tajuk dan tajuk kecil, senarai berbulet atau imej—anda memilih tataletak slaid yang paling hampir dengan tataletak yang anda mahukan, kemudian anda menggantikan elemen ruang letak dan buat perubahan lain bila perlu. Hanya slaid dalam pembentangan anda ditukar; slaid induk kekal dalam keadaan asalnya.
Jika anda menambah imej, teks baru dan objek lain pada induk, objek ini menjadi sebahagian daripada latar belakang slaid dan tidak dapat diedit dalam pembentangan anda. Jika anda mahukan teks, bentuk atau imej pada slaid induk yang boleh diedit dalam pembentangan, anda mesti menambahnya sebagai ruang letak pada slaid induk.
Anda boleh membuat perubahan yang sama kepada slaid induk seperti yang anda lakukan pada slaid biasa—sebagai contoh, mengubah suai rupa teks, menukar latar belakang slaid dan menukar saiz imej. Perubahan muncul pada setiap slaid dalam pembentangan yang berdasarkan pada induk tersebut.
Tambah slaid induk baru
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Edit Slaid Induk.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Klik dalam bar alat, kemudian klik untuk memilih slaid induk.
Dalam penavigasi slaid, klik untuk memilih slaid dengan tataletak yang serupa dengan tataletak yang anda mahu, kemudian tekan Return.
Dwiklik nama slaid induk dalam penavigasi slaid dan taipkan nama baru.
Ubah suai slaid mengikut keinginan anda dengan menambah teks, imej, bentuk, ruang letak atau objek lain.
Lihat “Tambah ruang letak teks dan media,” di bawah.
Apabila anda selesai mengedit, klik Selesai di bahagian bawah kanvas slaid atau klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Keluar Daripada Slaid Induk.
Tambah ruang letak teks dan media
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Edit Slaid Induk.
Klik untuk memilih slaid induk yang anda mahu edit.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Cipta ruang letak teks: Tambah kotak teks atau tambah bentuk.
Cipta ruang letak media: Tambah imej atau tambah video.
Tukar rupa item mengikut suka anda dan seretnya ke tempat yang anda mahukan pada slaid.
Klik untuk memilih objek yang anda tambahkan, kemudian dalam bar sisi Format , klik tab Gaya.
Berdekatan bahagian bawah, pilih Tentukan sebagai Ruang Letak Teks atau Tentukan sebagai Ruang Letak Media.
Jika anda mahukan slaid berdasarkan induk ini membenarkan objek untuk bertindan di bawah objek induk, klik latar belakang slaid (supaya tiada apa-apa yang dipilih), kemudian pilih “Benarkan tindanan” dalam bar sisi Format .
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tindan, lihat Tindan, kumpul dan kunci objek dalam Keynote pada Mac.
Apabila anda selesai mengedit, klik Selesai di bahagian bawah kanvas slaid atau klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Keluar Daripada Slaid Induk.
Ruang letak ditag menurut jenis secara automatik. Tag “memberitahu” kandungan tempat untuk pergi apabila anda menggunakan induk berbeza pada slaid. Sebagai contoh, imej yang berada dalam ruang letak dengan tag “Media” ditambah kepada ruang letak daripada induk baru yang juga mempunyai tag “Media” secara automatik.
Untuk menukar tag, pilih ruang letak, kemudian klik tab Gaya dalam bar sisi Format . Dalam kotak teks bersebelahan Tag, padamkan tag sedia ada, kemudian taipkan tag anda sendiri.
Nota: Secara lalai, kotak teks ruang letak yang anda tambah ke slaid induk mempunyai dua pemegang kawalan dan saiz fon bertukar secara automatik untuk muat di dalam kotak teks. Untuk melaraskan saiz fon secara manual, anda terlebih dahulu perlu memilih Format > Bentuk dan Garis > Reset Pemegang Teks dan Objek (daripada menu Format di bahagian atas skrin anda) untuk menukarkan ruang letak ke kotak teks dengan lapan pemegang.
Tukar teks ruang letak slaid induk
Anda boleh menukar teks ruang letak pada slaid induk untuk tajuk, subtajuk dan banyak lagi. Ini amat berguna jika anda mahu mencipta tema untuk berkongsi dengan orang lain.
Jika anda menukar teks ruang letak pada slaid induk, ia digunakan pada semua slaid dalam pembentangan anda yang menggunakan slaid induk tersebut.
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Edit Slaid Induk.
Klik untuk memilih slaid induk yang anda mahu edit.
Klik teks yang anda mahu tukar, seperti Tajuk Slaid atau Subtajuk Slaid, kemudian, dalam bar sisi Format , klik tab Gaya.
Dalam kotak teks bersebelahan Papapran, taip perkara yang anda mahu teks katakan.
Sebagai contoh, jika anda mencipta tema untuk pembentangan kewangan, anda mungkin menukar “Subtajuk Pembentangan” kepada “Suku Tahunan”.
Anda juga boleh menambah satu atau lebih tag pada ruang letak (pilihan).
Apabila anda selesai mengedit, klik Selesai di bahagian bawah kanvas slaid atau klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Keluar Daripada Slaid Induk.
Anda juga boleh mencipta ruang letak teks tambahan dengan teks paparan tersuai. Lihat Gantikan teks ruang letak.
Tambah ruang letak objek untuk jadual, carta atau galeri imej.
Ruang letak yang boleh anda tambah jadual, carta atau galeri imej dipanggil ruang letak objek. Anda hanya boleh tambah satu ruang letak objek kepada slaid induk.
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Edit Slaid Induk.
Klik untuk memilih slaid induk yang anda mahu edit.
Dalam bar sisi Format , pilih kotak semak Ruang Letak Objek.
Saiz semula ruang letak dan tempatkannya di tempat yang anda inginkan.
Jadual, carta atau galeri imej pertama yang anda tambah kepada sebarang slaid berdasarkan induk ini mengambil saiz dan kedudukan ruang letak.
Jika anda mahukan slaid berdasarkan induk ini membenarkan objek untuk bertindan di bawah objek induk, klik latar belakang slaid (supaya tiada apa-apa yang dipilih), kemudian pilih “Benarkan tindanan” dalam bar sisi Format .
Apabila anda selesai mengedit, klik Selesai di bahagian bawah kanvas slaid atau klik Paparan dalam bar alat, kemudian pilih Keluar Daripada Slaid Induk.
Padamkan slaid induk
Klik dalam bar alat, kemudian pilih Edit Slaid Induk.
Dalam bar sisi di sebelah kiri, Control-klik imej kecil slaid induk dan pilih Padam.
Jika slaid dalam pembentangan menggunakan slaid induk ini, pilih slaid induk baru untuk slaid tersebut dalam dialog yang muncul, kemudian klik Pilih.
Klik Selesai di bahagian bawah kanvas slaid.