Bekerjasama pada pembentangan dikongsi dalam Keynote pada Mac
Sama ada anda pemilik pembentangan dikongsi atau dijemput untuk bekerjasama, selepas anda membuka pembentangan, anda boleh melihat pengeditan yang dilakukan orang lain pada masa nyata, menyembunyikan atau menunjukkan aktiviti pengeditan dan banyak lagi. Bilangan orang yang mengedit atau melihat pembentangan (tidak termasuk anda) kelihatan pada butang Bekerjasama dan nama mereka kelihatan dalam senarai peserta.
Terima jemputan untuk bekerjasama
Apabila anda menerima pautan ke pembentangan dikongsi, perkara yang berlaku apabila anda mengklik pautan bergantung kepada akses dan keizinan yang disetkan oleh pemilik, versi Keynote dan macOS yang dipasang pada komputer anda dan sama ada anda menggunakan iCloud Drive.
Sebelum anda bermula, pastikan anda memenuhi keperluan sistem minimum untuk bekerjasama.
Klik pautan dalam e-mel, mesej, atau siaran yang anda terima.
Jika alamat e-mel atau nombor telefon yang digunakan untuk menjemput anda tidak dikaitkan dengan Apple ID anda, ikut arahan yang muncul untuk menambahkan e-mel atau nombor telefon tersebut ke Apple ID anda.
Nota: Jika anda tidak mahu mengaitkan alamat e-mel lain dengan Apple ID, anda boleh meminta pemilik pembentangan dikongsi untuk menjemput anda lagi menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang telah dikaitkan dengan Apple ID anda.
Jika diminta, daftar masuk dengan Apple ID anda atau ikuti sebarang arahan yang muncul.
Pembentangan dibuka berdasarkan yang berikut:
Pada Mac: Pembentangan dibuka dalam Keynote untuk Mac atau dalam Keynote untuk iCloud, bergantung pada sama ada iCloud Drive disediakan pada Mac anda dan anda didaftar masuk; tempat anda mengklik pautan (contohnya, dalam Mail pada Mac anda atau pada halaman web); dan sama ada anda mempunyai macOS Catalina 10.15 atau lebih baru dan Keynote 10.2 atau lebih baru dipasang pada komputer anda.
Di iCloud.com pada komputer Mac atau Windows: Jika anda daftar masuk ke iCloud.com dalam pelayar web, pembentangan dibuka dalam Keynote untuk iCloud dan ditambah ke pengurus pembentangan dan iCloud Drive anda.
Pada iPhone dengan iOS 13.1 atau lebih baru dan Keynote 10.2 atau lebih baru: Pembentangan dibuka dalam Keynote pada iPhone anda dan ditambah ke pengurus pembentangan.
Pada iPad dengan iPadOS 13.1 atau lebih baru dan Keynote 10.2 atau lebih baru: Pembentangan dibuka dalam Keynote pada iPad anda dan ditambah ke pengurus pembentangan. Jika anda tidak memasang Keynote pada iPad anda, pembentangan akan dibuka dalam Keynote untuk iCloud dalam pelayar web.
Pada peranti Android, atau peranti tanpa iOS 13.1, iPadOS 13.1, atau lebih baru dan Keynote 10.2 atau lebih baru: Pembentangan dibuka dalam pelayar di mana anda boleh melihat tetapi tidak boleh mengeditnya.
Bekerjasama pada pembentangan dikongsi
Buka pembentangan dikongsi.
Jika anda membuka pembentangan sebelum ini, carinya dalam folder Keynote iCloud Drive. Jika anda tidak melihat pembentangan, klik pautan dalam e-mel, mesej, atau siaran yang anda terima dan jika diminta, daftar masuk dengan Apple ID anda.
Jika anda tidak boleh membuka pembentangan, lihat “Terima jemputan untuk bekerjasama”, di atas.
Edit pembentangan.
Pengeditan yang anda dan yang lain lakukan pada pembentangan muncul dalam masa nyata. Kursor berwarna dan pilihan berwarna teks dan objek menunjukkan tempat orang lain sedang mengedit. Gerakkan penuding ke kursor untuk melihat siapa yang membuat edit.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat orang yang sedang bekerja pada pembentangan: Klik dalam bar alat untuk membuka senarai peserta, yang menunjukkan siapa yang telah menyertai pembentangan dan siapa yang mengedit atau melihat pembentangan. Bilangan orang yang mengedit atau melihat pembentangan (tidak termasuk anda) juga muncul sebagai lencana bersebelahan butang.
Ikut editan seseorang: Klik titik berwarna bersebelahan nama seseorang dalam senarai peserta. Jika anda tidak melihat titik berwarna, orang tersebut sudah membuka pembentangan tetapi tidak terlibat secara aktif.
Sembunyikan atau tunjukkan aktiviti (kursor berwarna atau pilihan): Pilih Paparan >Sembunyikan Aktiviti Kerjasama atau Paparan >Tunjukkan Aktiviti Kerjasama (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin).
Selesaikan konflik: Jika terdapat konflik, anda melihat dialog. Pilih versi mana yang anda ingin simpan; jika anda menyimpan lebih daripada satu, yang terkini kekal dalam versi dikongsi.
Jika anda melihat tanda seru pada butang Bekerjasama, komputer anda di luar talian. Sebarang pengeditan yang anda lakukan dimuat naik ke iCloud secara automatik pada kali seterusnya anda bersambung ke internet.
Edit semasa di luar talian
Apabila anda tidak bersambung ke internet, anda melihat tanda seru pada butang Bekerjasama. Anda boleh terus bekerja pada pembentangan dan kali seterusnya anda dalam talian, perubahan dimuat naik ke iCloud secara automatik.
Ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati semasa mengedit pembentangan dikongsi semasa di luar talian:
Untuk menghantar salinan pembentangan dengan perubahan anda kepada seseorang sebelum perubahan anda dimuat naik, pilih Kongsi > Hantar Salinan (daripada menu Kongsi di bahagian atas skrin anda). Kaedah ini memastikan perubahan anda disertakan. Secara kontras, jika anda menyeret pembentangan daripada Finder pada mesej e-mel, sebagai contoh, pengeditan yang anda lakukan semasa di luar talian tidak akan disertakan.
Jika anda tidak pasti sama ada perubahan anda telah diselaraskan, anda boleh menyemak status penyelarasan. Pilih Paparan > Tunjukkan Status Penyelarasan (daripada menu Paparan di bahagian atas skrin anda).
Jika peserta lain yang berada dalam talian memadamkan objek atau slaid yang anda sedang edit, pegeditan yang anda buat pada objek tersebut tidak lagi berada dalam pembentangan apabila anda kembali dalam talian.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengeditan luar talian, lihat artikel Sokongan Apple ini.
Menarik diri daripada pembentangan dikongsi
Jika anda tidak lagi mahu mempunyai akses ke pembentangan yang dikongsi, anda boleh keluarkan diri anda daripada senarai peserta.
Klik dalam bar alat.
Gerakkan penuding ke atas nama anda, klik tiga titik yang muncul, kemudian pilih Keluarkan Saya.
Mengeluarkan nama anda daripada senarai peserta mengeluarkan pembentangan tersebut daripada iCloud Drive. Jika anda ingin mengakses pembentangan tersebut lagi kemudian, anda boleh gunakan pautan asal untuk membukanya.
Nota: Tidak semua ciri Keynote tersedia untuk pembentangan yang dikongsikan dengan orang lain. Lihat Artikel Sokongan Apple ini untuk mendapatkan maklumat.