bar sisi

Bar sisi ialah kawasan di bahagian kiri tetingkap Keynote yang menunjukkan pemeriksa Format, Animasi atau Dokumen.

  • Pemeriksa Format: Klik butang radio Format dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan pemformatan untuk apa-apa sahaja yang dipilih dalam pembentangan, seperti teks, bentuk atau imej. Klik tab di bahagian atas bar sisi untuk melihat lebih banyak kawalan.

  • Pemeriksa animasi: Klik butang radio Animasikan dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan untuk menganimasikan objek pada slaid dan mengesetkan transisi antara slaid.

  • Pemeriksa dokumen: Klik butang radio Dokumen dalam bar alat untuk menunjukkan kawalan untuk menukar elemen yang mempengaruhi keseluruhan pembentangan anda, seperti tema dan lagu tema.

Jika bar sisi terbuka dan anda klik ikonnya dalam bar alat, bar sisi ditutup.