Gunakan VoiceOver untuk mencipta pembentangan Keynote pada Mac
Ada boleh mencipta pembentangan Keynote pada Mac anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin lanjutan yang membenarkan anda menggunakan peranti anda tanpa melihat skrin. Bermula dengan tema—set tataletak dan elemen slaid yang telah direka bentuk—kemudian tambah kandungan anda sendiri. Setiap tema menggunakan fon, gaya teks dan warna yang dikoordinasikan untuk rupa bersepadu.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver.
Pilih tema
Anda boleh memilih tema dengan saiz slaid standard atau lebar, atau tema tersuai—tema yang anda ubah suai dan simpan untuk digunakan lagi kemudian. Anda pilih tema dalam pemilih tema.
Dalam Keynote pada Mac anda, tekan VO-M untuk melompat ke bar menu, navigasi ke Fail > Baharu, kemudian tekan Return.
Pemilih tema dibuka.
Untuk menavigasi ke koleksi pemilih tema, tekan VO-Anak Panah Kiri atau VO-Anak Panah Kanan, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukinya.
Untuk memilih tema lebar atau standard, tekan VO-Anak Panah Kiri atau VO-Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “Standard (4:3)” atau “Lebar (16:9),” kemudian tekan VO-Space untuk membuka menu. Tekan VO-Anak Panah Atas atau VO-Anak Panah Bawah untuk mendengar pilihan, kemudian tekan VO-Space untuk memilih yang anda mahu.
Untuk menavigasi menerusi pilihan tema, tekan sebarang kekunci anak panah, kemudian tekan Kembali untuk memilih satu.
Sebagai contoh, jika anda mahu mencipta pembentangan untuk mempamerkan fotografi dengan latar belakang hitam yang ringkas, anda mungkin memilih tema Esei Foto.
Tukar tataletak slaid
Anda boleh menukar rupa slaid dengan cepat dengan memilih tataletak slaid yang berbeza. Anda lakukan ini dalam tab Slaid pada bar sisi Format.
Dengan pembentangan terbuka dalam Keynote pada Mac anda, tekan VO-U untuk membuka rotor.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “Tempat Tetingkap,” kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar “penavigasi kandungan - Jadual penavigasi slaid”.
Untuk memilih penavigasi slaid, tekan Return, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukinya.
Tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar slaid yang anda mahu edit, kemudian tekan VO-J dua kali untuk melompat ke tab Slaid pada bar sisi Format.
Nota: Sebaliknya, jika anda melompat ke bar sisi lain, anda boleh menavigasi ke bar sisi Format menggunakan bar alat. Daripada lokasi semasa anda, tekan VO-Shift-Anak Panah Atas, kemudian tekan VO-Anak Panah Kiri untuk menavigasi ke bar alat. Untuk masukkan bar alat, tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah, kemudian tekan VO-Anak Panah Kanan untuk menavigasi ke butang Format. Tekan VO-Space untuk memilihnya. Untuk menavigasi ke tab Slaid, tekan VO-J tiga kali.
Untuk mendengar tataletak slaid semasa, tekan VO-Anak Panah Bawah. Untuk memilih butang Tataletak Slaid, tekan VO-Space.
Untuk menavigasi menerusi pilihan tataletak slaid, tekan VO-Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “Kawasan Skrol”, kemudian tekan VO-Anak Panah Bawah. Tekan VO-Anak Panah Kiri sehingga anda menemui tataletak slaid yang anda mahukan, kemudian tekan VO-Space untuk memilihnya.
Tambah teks anda sendiri
Tataletak slaid menyertakan kotak teks ruang letak dengan teks untuk judul, subjudul, teks isi dan elemen teks lain. Anda boleh menggantikan sebarang teks ruang letak dengan teks ruang letak anda sendiri.
Dengan pembentangan terbuka dalam Keynote pada Mac anda, tekan VO-U untuk membuka rotor.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “Tempat Tetingkap,” kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar “kandungan - Kawasan tataletak slaid”.
Untuk memilih kawasan tataletak slaid, tekan Return, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukinya.
Tekan VO-Anak Panah Kanan atau VO-Anak Panah Kiri sehingga anda mendengar teks yang anda mahu edit (sebagai contoh, Tajuk atau Isi).
Taip untuk menambahkan teks anda sendiri.
Jika anda mahu mengedit kotak teks lain dalam slaid, tekan VO-Shift-Anak Panah Atas, kemudian tekan VO-Anak Panah Kanan atau VO-Anak Panah Kiri untuk menavigasi padanya.
Tambah media anda sendiri
Anda boleh menggantikan media ruang letak pada slaid untuk menambah imej dan video anda sendiri. Anda boleh lakukan ini dalam kawasan tataletak slaid.
Dengan pembentangan terbuka dalam Keynote pada Mac anda, tekan VO-U untuk membuka rotor.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “Tempat Tetingkap,” kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar “kandungan - Kawasan tataletak slaid”.
Untuk memilih kawasan tataletak slaid, tekan Return, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukinya.
Tekan VO-Anak Panah Kanan atau VO-Anak Panah Kiri sehingga anda mendengar nama imej yang anda mahu gantikan.
Tekan VO-Shift-M untuk membuka menu pintasan, kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar Gantikan Imej. Tekan Return.
Dalam menu Foto, navigasi ke imej atau video yang anda mahu tambah, kemudian tekan VO-Space untuk memilihnya.
Imej kelihatan pada slaid di tempat imej sebelumnya berada.
Anda juga boleh memasukkan bentuk anda sendiri dan objek lain dengan memilih menu Masukkan dalam bar alat.
Untuk menambah perihalan kebolehcapaian pada imej, audio dan video anda (yang dibaca oleh VoiceOver dan teknologi bantu lain), lihat Tambah perihalan imej, Tambah perihalan audio, atau Tambah perihalan video.
Mainkan pembentangan
Apabila anda memainkan pembentangan pada Mac anda, VoiceOver menyebut teks dan imej pada slaid semasa. Pembentangan bermain dalam skrin penuh.
Untuk mengetahui cara untuk memainkan pembentangan anda pada paparan berasingan, lihat Mainkan pembentangan pada paparan berasingan.
Dengan pembentangan terbuka dalam Keynote pada Mac anda, tekan VO-U untuk membuka rotor.
Tekan kekunci Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar “Tempat Tetingkap,” kemudian tekan kekunci Anak Panah Bawah sehingga anda mendengar “penavigasi kandungan - Jadual penavigasi slaid”.
Untuk memilih kawasan tataletak slaid, tekan Return, kemudian tekan VO-Shift-Anak Panah Bawah untuk memasukinya.
Tekan kekunci Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah sehingga anda dengar slaid yang anda mahu mulakan, kemudian tekan Option-Command-P untuk memainkan tayangan slaid.
Untuk menavigasi sekeliling slaid dan mendengar imej dan teks, tekan VO dan sebarang kekunci anak panah.
Untuk maju menerusi pembentangan, lakukan salah satu yang berikut:
Pergi ke slaid atau binaan seterusnya: Tekan kekunci Anak Panah Kanan.
Undur satu slaid atau reset binaan pada slaid: Tekan kekunci Anak Panah Kiri.
Lompat ke slaid berlainan: Tekan sebarang kekunci nombor untuk menjadikan penavigasi slaid kelihatan, tekan Command-A untuk memilih nombor slaid semasa dalam medan teks, kemudian masukkan nombor slaid. Tekan Return.
Untuk berhenti memainkan pembentangan, tekan Esc.