Folder dikongsi dan kerjasama dalam Keynote
Jika anda berkongsi folder dalam iCloud Drive yang mengandungi pembentangan Keynote, semua orang yang mempunyai keizinan untuk melihat folder boleh membuka pembentangan di dalam folder.
Penting: Untuk mencipta, melihat dan bekerjasama dengan folder dikongsi, anda memerlukan peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum: macOS 13, iOS 16, iPadOS 16, atau lebih baharu.
Ini ialah beberapa perkara yang perlu diingati tentang bekerjasama pada pembentangan dalam folder dikongsi:
Jika anda mahu menjemput orang untuk bekerjasama pada pembentangan dalam folder dikongsi, anda perlu menukar seting untuk keseluruhan folder dan bukannya menambah peserta ke pembentangan.
Jika anda mengalihkan pembentangan tidak dikongsi ke dalam folder dikongsi, pembentangan tersebut dikongsi dengan sesiapa sahaja yang boleh membuka folder.
Jika anda mengalihkan pembentangan dikongsi ke dalam folder dikongsi, hanya orang yang boleh membuka folder boleh membuka pembentangan tersebut.
Jika pembentangan yang anda sedang usahakan berada di dalam folder dikongsi, sesiapa sahaja dengan pautan ke pembentangan mestilah mempunyai akses kepada keseluruhan folder untuk membuka pembentangan.
Jika anda mahu berhenti berkongsi pembentangan individu dalam folder dikongsi tanpa menukar seting untuk keseluruhan folder, anda boleh mengalihkan fail ke folder yang anda belum kongsi.
Jika anda berhenti berkongsi atau memadamkan folder dikongsi, semua fail dalam folder itu tidak lagi boleh dilihat oleh pengguna lain.
Jika peserta memadamkan folder dikongsi, folder hanya dipadamkan daripada peranti pengguna tersebut (kecuali jika anda pemilik folder).
Jika peserta (dengan keizinan untuk mengedit) memadamkan pembentangan di dalam folder dikongsi, pembentangan dipadamkan daripada peranti semua orang.
Nota: Pemilik boleh memulihkan pembentangan yang dipadamkan pada iCloud.com. Lihat Panduan Pengguna iCloud untuk maklumat lanjut.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang berkongsi folder, lihat Panduan Pengguna Mac.