Berlatih pembentangan Keynote pada Mac anda
Jika anda bercadang untuk menggunakan paparan luaran untuk menunjukkan pembentangan, anda boleh gunakan mod berlatih tayangan slaid untuk menyediakan paparan pembentang terlebih dahulu dan berlatih pembentangan anda tanpa menyambungkan paparan luaran.
Buka pembentangan, kemudian klik untuk memilih slaid pertama dalam penavigasi slaid.
Pilih Main > Berlatih Pembentangan (daripada menu Main di bahagian atas skrin anda).
Paparan pembentang kelihatan. Untuk bertukar antara paparan pembentang dan slaid semasa, tekan X pada papan kekunci.
Petua: Jika anda mempunyai paparan luaran disambungkan ke Mac anda, tekan Option-X pada papan kekunci untuk memilih paparan untuk berlatih.
Untuk berlatih pembentangan, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Pergi ke slaid atau binaan seterusnya: Tekan kekunci Anak Panah Kanan atau bar Space.
Undur satu slaid atau reset binaan pada slaid: Tekan kekunci Anak Panah Kiri.
Lompat ke slaid berlainan: Tekan sebarang nombor untuk membuatkan penavigasi slaid kelihatan, masukkan nombor slaid, kemudian tekan Return.
Buka atau tutup senarai pintasan papan kekunci: Tekan kekunci Tanda Soal (?) pada papan kekunci anda. Anda boleh gunakan pintasan untuk mengawal pembentangan anda.
Tambah dan edit nota pembentang: Semasa melihat paparan pembentang, dwiklik dalam medan Nota Pembentang, kemudian mula menaip. Klik Selesai apabila anda selesai.
Untuk menyesuaikan paparan pembentang, gerakkan penuding ke penjuru atas kanan skrin, klik , lakukan mana-mana yang berikut, kemudian klik OK (atau tekan Escape pada papan kekunci anda):
Alihkan item pada paparan pembentang: Seretnya.
Apabila anda menyeret slaid, labelnya sentiasa bergerak bersamanya. Untuk menempatkan label secara bebas pada slaid, seret label sahaja. Untuk menyeret berbilang item serentak, Command-klik atau Shift-klik untuk memilihnya, kemudian seret.
Saiz semula item pada paparan pembentang: Klik item, kemudian seret mana-mana pemegang pilihan.
Jam, pemasa dan label sentiasa disaiz semula mengikut kadar dari pusatnya.
Untuk mengekalkan perkadaran semasa anda mensaiz semula slaid, medan Nota Pembentang atau Penunjuk Sedia untuk Memajukan, tahan Shift semasa anda menyeret. Untuk mensaiz semula dari pusat, tahan kekunci Option semasa anda menyeret. Untuk mensaiz semula secara berkadaran dari pusat, tahan kekunci Shift dan Option semasa anda menyeret.
Tempatkan item secara automatik pada paparan pembentang: Klik butang Gunakan Tataletak Auto. Keynote menempatkan item untuk menggunakan paparan pembentang secara optimum.
Tukar rupa nota pembentang: Semasa nota pembentang ditunjukkan, gerakkan penuding ke atas medan Nota Pembentang, kemudian klik butang fon di penjuru kiri atas untuk menjadikan fon lebih kecil atau lebih besar. Klik butang Terbalikkan Warna untuk menunjukkan teks putih pada latar belakang hitam atau sebaliknya (warna teks lain tidak dipengaruhi)
Untuk berhenti berlatih, tekan Esc.