Tambah teks dalam Keynote pada Mac
Untuk menambah teks pada slaid, anda boleh menggantikan ruang letak teks, atau menambah kotak teks atau bentuk kemudian menaipkan teks di dalamnya.
Gantikan teks ruang letak
Dwiklik teks ruang letak, kemudian taip teks anda sendiri.
Jika tema tersebut mempunyai ruang letak teks yang anda ingin keluarkan, klik teks sekali untuk memilih kotak teksnya, kemudian tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda.
Tambah kotak teks
Klik dalam bar alat.
Kotak teks ditambah pada slaid anda (anda boleh menukar rupa teks kemudian).
Seret kotak teks ke tempat yang anda mahukannya.
Jika anda tidak boleh mengalihkan kotak, klik di luar kotak untuk menyahpilih teks, kemudian klik teks sekali untuk memilih kotak teksnya.
Taipkan untuk menggantikan teks ruang letak.
Secara lalai, saiz fon bertukar secara automatik untuk muat di dalam kotak teks yang anda tambah menggunakan butang Kotak Teks. Sebaliknya, untuk melaraskan saiz fon secara manual, terlebih dahulu pilih kotak teks, kemudian pilih Format > Bentuk dan Garis > Reset pemegang Teks dan Objek (daripada menu Format di bahagian atas skrin anda). Anda juga boleh mensaiz semula fon dengan menjadikan kotak teks lebih besar atau lebih kecil.
Untuk mensaiz semula kotak teks, seret pemegang pilihan di sebelah kiri atau kanan kotak.
Untuk memadamkan kotak teks, kliknya (garis kasar biru muncul di sekelilingnya), kemudian tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda. Jika garis kasar biru tidak muncul, klik di luar kotak untuk menyahpilih teks, kemudian klik teks sekali untuk memilih kotak teksnya.
Kotak teks ialah objek yang boleh diubah suai seperti kebanyakan objek lain; anda boleh memutar kotak teks, menukar jidarnya, mengisinya dengan warna, menindannya dengan objek lain dan banyak lagi. Lihat Pengenalan kepada imej, carta dan objek lain dalam Keynote pada Mac.
Setkan kotak teks lalai untuk pembentangan
Setiap tema Keynote mempunyai gaya kotak teks lalai, jadi apabila anda menambah kotak teks ke pembentangan dan menaip teks di dalamnya, kotak dan teks menggunakan gaya ini. Anda boleh mengubah suai gaya lalai ini—menukar fon, warna fon, isian warna dan sebagainya—kemudian menjadikannya gaya lalai baru untuk pembentangan. Gaya kotak teks lalai anda digunakan hanya pada pembentangan di tempat anda menciptanya.
Tambah kotak teks pada pembentangan anda dan tukarnya mengikut keinginan anda.
Anda boleh menukar fon dan saiz fon, menambah jidar pada kotak dan seterusnya.
Klik kotak teks untuk memilihnya.
Pilih Format > Lanjutan > Setkan Sebagai Rupa Lalai Kotak Teks (daripada menu Format di bahagian atas skrin anda).
Anda boleh menukar lalai pada bila-bila masa anda mahukan dan ia tidak akan mempengaruhi kotak teks yang telah ada dalam pembentangan.
Jika anda mahu menggunakan perubahan reka bentuk yang sama pada kotak teks lain yang telah wujud dalam slaid, anda boleh menyimpan gaya kotak teks lalai sebagai gaya objek, kemudian menggunakan gaya objek pada kotak teks lain.
Tambah teks dalam bentuk
Dwiklik bentuk untuk munculkan titik sisipan, kemudian taipkan teks anda.
Jika terdapat terlalu banyak teks untuk dipaparkan dalam bentuk, penunjuk pemangkasan muncul. Untuk mensaiz semula bentuk, pilihnya, kemudian seret sebarang pemegang pilihan sehingga semua teks ditunjukkan.
Anda boleh mengubah rupa teks di dalam bentuk sama seperti sebarang teks lain pada slaid anda.
Untuk menambah kapsyen atau label ke objek, lihat Tambah kapsyen atau tajuk pada objek dalam Keynote pada Mac.