Kurangkan saiz fail pembentangan Keynote pada Mac
Jika pembentangan anda termasuk fail imej, audio atau video, anda boleh mengurangkan saiz failnya untuk menjadikannya lebih mudah dihantar, disiar atau dikongsi.
Jika anda tidak mahu mengubah pembentangan asal, anda boleh menyimpan salinan pembentangan dengan saiz fail yang lebih kecil.
Pilih Fail > Kurangkan Saiz Fail (daripada menu Fail di bahagian atas skrin).
Pilih pelarasan yang anda mahu buat:
Kecilkan imej besar: Imej diskalakan kepada resolusi yang digunakan dalam pembentangan sambil mengekalkan kualiti visual. Contohnya, jika anda menambah foto pada pembentangan dan mensaizkannya semula menjadi lebih kecil, memilih pilihan ini mengeluarkan data imej yang tidak digunakan.
Nota: Sama ada anda memilih kotak semak ini atau tidak, jika imej dalam format yang tidak boleh dilihat pada iPhone atau iPad, ia akan ditukarkan kepada format yang boleh dilihat secara automatik.
Keluarkan bahagian filem dan audio yang dipangkas: Jika anda memangkas permulaan atau penghujung filem atau klip audio (menggunakan kawalan dalam bar sisi Format), bahagian yang dipangkas dipadamkan.
Paling serasi (H.264): Filem dalam pembentangan anda ditukarkan kepada format H.264, yang boleh dimainkan pada kebanyakan peranti iOS, peranti iPadOS dan komputer Mac.
Nota: H.264 tidak menyokong saluran alfa, jadi kelutsinaran ditukarkan kepada latar belakang hitam.
Kecekapan tinggi (HEVC): Pilihan format ini kelihatan hanya jika anda menggunakan macOS 10.13 atau lebih baharu dan Mac anda menyokong pengekodan HEVC perkakasan. Filem dalam format HEVC mempunyai kualiti terbaik pada saiz fail paling kecil, tetapi filem hanya boleh dimainkan pada peranti dengan iOS 11, iPadOS 13, atau lebih baharu dan komputer Mac dengan macOS 10.13 atau lebih baharu.
Jika anda menggunakan macOS 10.13 atau lebih baharu dan Keynote 8.0 atau lebih baharu dan anda memilih format ini, anda boleh menambah fail HEVC kemudian ke pembentangan atau salinan yang dikurangkan saiz. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang HEVC, lihat artikel Sokongan Apple ini.
Kekalkan format asal: Pilihan ini mengekalkan format filem semasa. Dalam kes ini, sebarang filem dalam format yang tidak serasi dengan iOS atau iPadOS tidak dioptimumkan dan oleh sebab itu, tidak dimainkan pada peranti iOS atau iPadOS.
Kualiti Filem: Setkan resolusi maksimum untuk filem. Filem dengan resolusi yang lebih kecil daripada maksimum tidak dibesarkan.
Klik salah satu butang berikut untuk menggunakan pelarasan:
Kurangkan Fail Ini: Gunakan seting pada pembentangan asal.
Kurangkan Salinan: Gunakan seting pada salinan pembentangan dan kekalkan pembentangan asal. Masukkan nama untuk salinan pembentangan dan pilih tempat untuk menyimpan salinan, kemudian klik Simpan.
Nota: Ada kemungkinan untuk memilih gabungan pilihan yang menjadikan saiz fail lebih besar.