Tambah video langsung dalam Keynote pada Mac
Anda boleh menambah video langsung daripada kamera dalaman Mac anda pada slaid. Anda juga boleh menggunakan iPad, iPhone, atau kamera luaran sebagai sumber video langsung. Semasa pembentangan, video langsung hanya dimainkan apabila slaid yang mengandungi video kelihatan. Anda boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan sumber video langsung pada bila-bila masa.
Penting: Kamera luaran atau peranti mesti disambungkan ke Mac anda dengan kabel untuk merakam video langsung. Semasa tayangan slaid berbilang pembentang, hanya kamera atau peranti yang disambungkan ke komputer hos boleh digunakan sebagai sumber video langsung. Untuk mengetahui lanjut tentang tayangan slaid berbilang pembentang, lihat Mainkan tayangan slaid dengan berbilang pembentang.
Tambah video langsung
Anda boleh menggunakan berbilang sumber video langsung dalam pembentangan anda. Keynote menggunakan kamera pada Mac anda sebagai sumber lalai, tetapi anda juga boleh menyambungkan iPhone atau iPad ke komputer anda untuk berkongsi skrinnya pada slaid. Anda juga boleh menggunakan kamera digital luaran untuk merakam video langsung.
Jika anda mahu menggunakan iPhone, iPad, atau kamera digital sebagai sumber video langsung, sambungkannya ke Mac anda dengan kabel.
Untuk menambah video ke slaid, klik dalam bar alat, kemudian pilih Video Langsung.
Video langsung daripada kamera dalaman Mac anda kelihatan pada slaid.
Untuk mengesetkan kamera luaran atau peranti sebagai sumber video langsung, klik , klik tab Video Langsung, klik butang Sumber, kemudian klik .
Pilih sumber yang anda mahukan dalam menu berhampiran bahagian bawah tetingkap Tambah Sumber Video Langsung. Anda juga boleh menukar nama dan imej kecil sumber. Klik butang Tambah.
Edit rupa video langsung
Klik video langsung pada slaid untuk memilihnya.
Klik , klik tab Video Langsung, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Zum masuk atau keluar kamera: Seret gelangsar Skala ke kanan untuk zum masuk dan kiri untuk zum keluar.
Tukar bentuk video langsung: Klik menu di sebelah Topeng, kemudian pilih saiz dan bentuk yang anda mahukan.
Bentuk semula penjuru video langsung: Tingkatkan nombor dalam kotak Radius Penjuru untuk membuatkan penjuru lebih bulat, atau kurangkannya untuk menajamkan penjuru.
Gunakan sumber video langsung lain
Anda boleh menukar sumber yang disambungkan ke objek video langsung pada slaid anda jika anda mempunyai lebih daripada satu sumber disediakan dalam pembentangan anda.
Klik video langsung pada slaid untuk memilihnya.
Klik , kemudian klik Video Langsung.
Klik butang Sumber, kemudian pilih sumber baharu daripada menu.
Untuk menutup menu, klik di luar menu.
Edit atau padam sumber video langsung
Klik untuk memilih video langsung pada slaid.
Dalam bar sisi Format , klik Video Langsung, kemudian klik butang Sumber.
Alihkan penuding di atas sumber dalam menu, kemudian klik segi tiga pendedahan yang kelihatan.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Edit sumber video langsung: Pilih Edit Sumber, buat perubahan yang anda mahukan dalam tetingkap, kemudian klik Simpan.
Padam sumber video langsung: Pilih Padam Sumber, kemudian klik Padam.
Mainkan atau jeda video langsung
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan sumber video langsung, lakukan mana-mana yang berikut:
Apabila tayangan slaid tidak dimainkan: Klik Paparan > Tunjukkan Pratonton Video Langsung dalam menu di bahagian atas skrin anda. Gunakan kawalan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan video langsung.
Atau klik video langsung pada slaid untuk memilihnya, kemudian klik untuk menyahaktifkannya.
Semasa tayangan slaid dimainkan dalam skrin penuh: Alihkan kursor di atas bahagian bawah skrin sehingga bar alat kelihatan, kemudian klik . Gunakan kawalan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan video langsung. Klik untuk menutupnya.
Semasa tayangan slaid dimainkan dalam tetingkap: Klik di bahagian atas paparan pembentang atau tetingkap tayangan slaid. Gunakan kawalan dalam menu untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan video langsung. Klik di luar menu untuk menutupnya.
Semasa tayangan slaid dimainkan pada skrin berasingan: Dalam paparan pembentang, klik . Gunakan kawalan dalam menu Sumber Kamera Langsung untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan video langsung. Klik di luar menu untuk menutupnya.