Berlatih pembentangan Keynote pada iPhone
Jika anda bercadang untuk menggunakan paparan luaran untuk menunjukkan pembentangan, anda boleh gunakan mod berlatih tayangan slaid untuk menyediakan paparan pembentang terlebih dahulu dan berlatih pembentangan anda tanpa menyambungkan paparan luaran.
Nota: Jika peranti anda sudah disambungkan ke paparan luaran, hanya mainkan pembentangan untuk berlatih dan mengubah suai paparan pembentang.
Buka pembentangan, kemudian ketik untuk memilih slaid pertama dalam penavigasi slaid.
Ketik , kemudian ketik Berlatih Tayangan Slaid.
Jika anda tidak melihat Berlatih Tayangan Slaid, leret ke atas.
Untuk melihat pilihan untuk menyesuaikan paparan pembentang, ketik , kemudian ketik pilihan tataletak yang anda mahukan (slaid semasa, slaid seterusnya, nota pembentang atau gabungan).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengubah suai paparan, lihat Sesuaikan paparan pembentang.
Untuk berlatih pembentangan, lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Bertukar antara jam dan pemasa: Ketik jam atau pemasa di bahagian atas paparan. Pemasa bermula pada kali pertama anda mengetik atau meleret untuk memajukan pembentangan selepas slaid pertama dipaparkan.
Pergi ke slaid seterusnya: Ketik atau leret kiri.
Undur satu slaid: Leret ke kanan.
Lompat ke slaid berlainan: Ketik penunjuk nombor slaid di bahagian kiri atas paparan untuk menunjukkan penavigasi slaid, kemudian ketik imej kecil slaid untuk lompat ke slaid tersebut.
Berlatih melukis pada slaid semasa anda membentangkan: Ketik , ketik warna, kemudian lukis dengan jari anda pada slaid. Ketik Selesai apabila anda selesai. Anda boleh mengetik untuk membuat asal tindakan terakhir anda. (Ketik berbilang kali untuk membuat asal semua tindakan terbaru anda.)
Untuk berhenti berlatih, cubit tutup pada slaid atau ketik .