Panduan Pengguna Keynote untuk iPhone
- Selamat Datang
-
- Hantar pembentangan
- Pengenalan kepada kerjasama
- Jemput orang lain untuk bekerjasama
- Bekerjasama pada pembentangan dikongsi
- Tukar seting pembentangan dikongsi
- Henti berkongsi pembentangan
- Folder dikongsi dan kerjasama
- Gunakan Box untuk bekerjasama
- Cipta GIF beranimasi
- Siarkan pembentangan anda dalam blog
- Hak Cipta
![](https://help.apple.com/assets/5F985F0A0946225858006E52/5F985F120946225858006E69/ms_MY/bad750d5722c7dbe1d922373979d8a32.png)
Formatkan teks kepada lajur dalam Keynote pada iPhone
Anda boleh memformatkan teks dalam kotak teks kepada dua atau lebih lajur di mana teks dan grafik tersusun secara automatik dari satu lajur ke lajur yang lain.
Formatkan lajur teks
Ketik bentuk atau kotak teks, atau pilih teks.
Ketik
, kemudian ketik Teks.
Ketik Lajur, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar bilangan lajur: Ketik
, atau ketik bilangan lajur dan masukkan nilai baru.
Setkan lebar lajur: Untuk menggunakan lebar yang sama untuk semua lajur, aktifkan Lebar Lajur Sama Rata. Untuk mengesetkan lebar lajur berlainan, nyahaktifkan pilihan ini, kemudian ketik
di bahagian bawah setiap nombor lajur dalam bahagian Saiz Lajur, atau ketik lebar lajur dan masukkan nilai baru.
Setkan ruang antara lajur: Ketik
di sebelah Sela, atau ketik lebar sela dan masukkan nilai baru. Jika anda mempunyai lebih daripada dua lajur, anda boleh melaraskan lebar sela antara setiap lajur.
Paksa teks ke bahagian atas lajur seterusnya
Ketik tempat anda mahu lajur sebelumnya tamat.
Ketik Masukkan, kemudian ketik Pemisah Lajur.