Keynote
Anda boleh memformatkan teks dalam kotak teks kepada dua atau lebih lajur di mana teks dan grafik tersusun secara automatik dari satu lajur ke lajur yang lain.
Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.
Buka pembentangan, kemudian ketik bentuk atau kotak teks, atau pilih teks.
Ketik , kemudian ketik Teks.
Ketik Lajur, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar bilangan lajur: Ketik , atau ketik bilangan lajur dan masukkan nilai baharu.
Setkan lebar lajur: Untuk menggunakan lebar yang sama untuk semua lajur, aktifkan Lebar Lajur Sama Rata. Untuk mengesetkan lebar lajur berlainan, nyahaktifkan pilihan ini, kemudian ketik di bahagian bawah setiap nombor lajur dalam bahagian Saiz Lajur, atau ketik lebar lajur dan masukkan nilai baharu.
Setkan ruang antara lajur: Ketik di sebelah Sela, atau ketik lebar sela dan masukkan nilai baharu. Jika anda mempunyai lebih daripada dua lajur, anda boleh melaraskan lebar sela antara setiap lajur.
Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.
Buka pembentangan, kemudian ketik tempat anda mahu lajur sebelumnya tamat.
Ketik Masukkan, kemudian ketik Pemisah Lajur.