
Bermula dengan Keynote pada iPhone
Keynote menjadikannya mudah untuk mencipta pembentangan yang cantik dan menawan dengan animasi menyeronokkan, transisi menarik dan kemasan profesional.

Bermula dengan tema
Mencipta tayangan slaid? Mulakan dengan tema, kemudian ubah suainya mengikut keinginan anda. Tema disertakan tataletak slaid diprareka bentuk yang mempunyai ruang letak untuk kandungan anda sendiri. Pergi ke app Keynote
pada iPhone anda, ketik Pilih Tema (atau
), kemudian ketik tema.


Hidupkan pembentangan anda dengan animasi
Animasi membantu tayangan slaid anda kelihatan lebih dinamik dengan menggerakkan objek ke dalam, keluar atau di sekeliling slaid. Ketik objek yang anda mahu animasikan, ketik
, ketik Animasi, kemudian ketik Tambah Bina Masuk, Tambah Tindakan atau Tambah Bina Keluar. Ketik kesan animasi dalam senarai, kemudian ketik Selesai.

Gunakan transisi slaid
Transisi memberikan tayangan slaid anda penampilan lebih lancar semasa anda beralih dari satu slaid ke slaid seterusnya semasa pembentangan. Untuk menambah transisi, ketik slaid dua kali dalam penavigasi slaid, ketik Transisi (anda mungkin perlu mengetik
untuk melihatnya), ketik Tambah Transisi, ketik kesan transisi, kemudian ketik Selesai.

Eksport pembentangan anda
Anda boleh menyimpan salinan pembentangan anda sebagai fail Keynote atau dalam format lain seperti PDF, PowerPoint, filem dan banyak lagi. Untuk mengeksport pembentangan anda, ketik
, ketik Eksport, kemudian pilih format yang anda mahu gunakan.

Mainkan pembentangan anda
Untuk berlatih pembentangan anda, ketik
dalam bar alat, kemudian ketik Berlatih Tayangan Slaid. Apabila anda bersedia untuk menyampaikan pembentangan anda kepada khalayak, ketik slaid yang anda mahu mulakan dalam penavigasi slaid, kemudian klik
dalam bar alat. Ketik slaid untuk maju menerusi tayangan slaid atau leret ke kanan untuk kembali ke slaid sebelumnya.
Ingin mengetahui lebih lanjut?
Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Keynote 15.1 pada iPhone anda. (Untuk melihat versi Keynote yang anda miliki, pergi ke Seting
>App > Keynote.)
Untuk meneroka Panduan Pengguna Keynote, ketik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.
Keynote 15.1 untuk iPhone memerlukan iOS 18 atau lebih baharu. Keynote tersedia dalam App Store dan memerlukan Akaun Apple untuk dimuat turun. Ciri tertakluk kepada perubahan dan sesetengah ciri mungkin memerlukan akses internet. Yuran dan syarat tambahan mungkin dikenakan.