Gunakan VoiceOver untuk mencipta pembentangan Keynote pada iPhone
Anda boleh mencipta pembentangan Keynote pada iPhone atau iPad anda menggunakan VoiceOver, pembaca skrin lanjutan yang membenarkan anda menggunakan peranti anda tanpa melihat skrin. Bermula dengan tema—set tataletak dan elemen slaid yang telah direka bentuk—kemudian tambah kandungan anda sendiri. Setiap tema menggunakan fon, gaya teks dan warna yang dikoordinasikan untuk rupa bersepadu.
VoiceOver juga boleh mentafsir data daripada carta dalam pembentangan anda dengan menyebut perihalan paksi, meringkaskan data dan alirannya, serta memainkan siri pic berbeza untuk mewakili nilai dalam carta dari kiri ke kanan.
Pilih tema
Anda boleh memilih tema dengan saiz slaid standard atau lebar, atau tema tersuai—tema yang anda ubah suai dan simpan untuk digunakan lagi kemudian. Anda pilih tema dalam pemilih tema.
Apabila anda mula-mula membuka Keynote, pengurus pembentangan terbuka. Leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri dan kanan pada papan kekunci) sehingga anda mendengar “Tambah butang”, kemudian dwiketik untuk membuka pemilih tema.
Buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Pengepala untuk menavigasi menerusi kategori tema, seperti Tebal dan Minimal.
Nota: Anda mungkin perlu menskrol untuk mendengar semua kategori.
Leret ke kiri dan kanan sehingga anda mendengar nama tema yang anda mahu, kemudian dwiketik untuk memilihnya.
Sebagai contoh, jika anda mahu mencipta pembentangan untuk mempamerkan fotografi dengan latar belakang hitam yang ringkas, anda mungkin memilih tema Esei Foto.
Jika anda tidak mahu menggunakan tema daripada kategori Standard, leret ke kiri atau kanan sehingga anda mendengar “butang Bulatan Elips”, dwiketik untuk membuka menu Seting. Leret ke atas atau bawah sehingga anda mendengar “Lebar (16:9)”, kemudian dwiketik untuk memilihnya.
Tukar tataletak slaid
Anda boleh menukar rupa slaid dengan cepat dengan memilih tataletak slaid yang berbeza. Anda boleh lakukan ini dalam menu Format.
Dengan pembentangan dibuka dalam Keynote, buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Bekas untuk menavigasi daripada kanvas ke bar alat.
Leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri dan kanan pada papan kekunci) untuk menavigasi menerusi bar alat sehingga anda mendengar “butang Format,” kemudian dwiketik untuk membuka menu Format.
Untuk mendengar tataletak slaid semasa, leret ke kanan sehingga anda mendengar tataletak slaid yang dipilih.
Untuk memilih tataletak slaid baharu, dwiketik butang Tataletak dalam menu Format, leret sehingga anda mendengar yang anda mahukan, kemudian dwiketik padanya.
Tambah teks anda sendiri
Tataletak slaid menyertakan kotak teks ruang letak dengan teks untuk judul, subjudul, teks isi dan elemen teks lain. Anda boleh menggantikan sebarang teks ruang letak dengan teks ruang letak anda sendiri.
Dalam Keynote pada iPhone, buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Bekas untuk menavigasi ke kanvas.
Untuk menavigasi menerusi kandungan dalam kanvas, leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri dan kanan pada papan kekunci). Apabila anda mendengar teks yang anda mahu gantikan, dwiketik untuk memilih kotak teks.
Untuk menambah teks anda, dwiketik semula, kemudian taip.
Tambah media anda sendiri
Anda boleh menggantikan media ruang letak pada slaid untuk menambah imej dan video anda sendiri. Anda boleh lakukan ini dalam kanvas.
Dalam Keynote pada iPhone, buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Bekas untuk menavigasi ke kanvas.
Untuk menavigasi menerusi kandungan dalam kanvas, leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri dan kanan pada papan kekunci). Apabila anda mendengar nama imej yang anda mahu gantikan, dwiketik untuk memilihnya.
Leret ke kiri atau kanan menerusi pemegang imej sehingga anda mendengar “butang Gantikan Imej”, kemudian dwiketik untuk membuka pop atas Album.
Lakukan salah satu daripada berikut untuk memilih media yang anda mahu gunakan:
Untuk menggunakan foto atau video dalam pop atas Album: Pilih album, kemudian dwiketik untuk memilih media yang anda mahu tambah.
Untuk menggunakan foto atau video daripada iCloud atau perkhidmatan lain: Dwiketik Masukkan daripada bawah album, kemudian dwiketik untuk memilih media yang anda mahu tambah.
Untuk menggunakan foto atau video baharu: Ambil Foto atau Video, kemudian pilih Gunakan Foto atau Gunakan Video.
Imej atau video menggantikan media ruang letak dalam slaid secara automatik.
Anda juga boleh memasukkan bentuk anda sendiri dan objek lain dengan memilih menu Masukkan dalam bar alat. Untuk menavigasi ke bar alat daripada kawasan tataletak slaid, gunakan seting Bekas dalam rotor VoiceOver.
Untuk menambah perihalan kebolehcapaian pada imej, audio dan video anda (yang dibaca oleh VoiceOver dan teknologi bantuan lain), lihat Tambah perihalan imej, Tambah perihalan audio, atau Tambah perihalan video.
Mainkan pembentangan
Apabila anda memainkan pembentangan pada Mac anda, VoiceOver menyebut teks dan imej pada slaid semasa. Pembentangan bermain dalam skrin penuh.
Untuk mengetahui cara untuk memainkan pembentangan anda pada paparan berasingan, lihat Mainkan pembentangan pada paparan berasingan.
Dalam Keynote pada iPhone, buka rotor VoiceOver dan gunakan seting Bekas untuk menavigasi daripada kawasan tataletak slaid ke bar alat.
Dalam bar alat, leret ke kiri atau kanan (atau gunakan anak panah kiri atau kanan pada papan kekunci) sehingga anda mendengar slaid yang anda mahu mulakan, kemudian dwiketik untuk memilihnya.
Navigasi balik ke bar alat, leret ke kiri atau kanan sehingga anda mendengar “butang Main,” kemudian dwiketik untuk memainkan tayangan slaid.
Jika anda menggunakan papan kekunci, anda juga boleh menekan Option-Command-P untuk memainkan tayangan slaid daripada slaid tersebut.
Untuk menavigasi sekeliling slaid dan mendengar imej dan teks, leret ke kiri atau kanan.
Untuk maju menerusi pembentangan, lakukan salah satu yang berikut:
Pergi ke slaid atau binaan seterusnya: Dwiketik.
Undur satu slaid atau reset binaan pada slaid: Leret tiga jari.
Lompat ke slaid berlainan: Gunakan seting Tindakan dalam rotor VoiceOver untuk memilih “Tunjukkan penavigasi slaid,” leret ke kiri atau kanan sehingga anda mendengar slaid yang anda mahu memainkan, kemudian dwiketik untuk melompat ke slaid tersebut.
Gunakan VoiceOver untuk mentafsir data carta
Dalam iOS 15 atau lebih baharu, atau dalam iPadOS 15 atau lebih baharu, VoiceOver boleh memberikan maklumat yang berguna tentang jenis carta tertentu dalam pembentangan anda, termasuk maklumat paksi, bentuk data, nilai minimum, nilai maksimum dan banyak lagi. VoiceOver juga boleh memainkan siri pic berbeza untuk mewakili nilai dalam carta dari kiri ke kanan.
Pilih carta dalam pembentangan yang anda mahukan maklumat lanjut.
Leret ke kiri atau ke kanan untuk memilih sebarang titik data dalam carta.
Buka rotor VoiceOver, kemudian pilih seting Graf Audio.
Leret ke atas atau bawah untuk memilih mana-mana daripada berikut:
Terangkan carta: Menyenaraikan nama setiap paksi dan menyenaraikan bilangan siri.
Butiran carta: Membuka paparan boleh diakses carta yang memberi akses kepada graf audio, ringkasan, statistik dan banyak lagi.
Mainkan graf audio: Mainkan siri nada yang mewakili nilai dalam carta, daripada kiri ke kanan, menggunakan nada yang berbeza. Lebih tinggi nilai, lebih tinggi nada.