Tukar latar belakang slaid dalam Keynote pada iPhone
Anda boleh menukar warna atau imej latar belakang slaid individu dalam pembentangan.
Dalam penavigasi slaid, ketik untuk memilih slaid atau memilih berbilang slaid.
Jika anda tidak nampak penavigasi slaid, cubit tutup pada slaid untuk zum keluar.
Ketik , ketik Penampilan, kemudian ketik Latar Belakang.
Pilih salah satu daripada yang berikut:
Warna atau gradien yang direka bentuk agar sesuai dengan tema: Ketik Praset, leret ke kiri atau kanan untuk melihat semua pilihan, kemudian ketik warna.
Sebarang warna: Ketik Warna, leret ke atas atau bawah untuk melihat semua pilihan, kemudian ketik warna. Untuk mempratonton warna pada slaid, sentuh dan tahan warna, kemudian seret merentas grid. Label warna muncul untuk setiap warna yang dipratonton bagi membantu anda menghasilkan semula padanan tepat. Lepaskan jari anda untuk memilih warna.
Isian gradien dua warna: Ketik Gradien, ketik Warna Mula atau Warna Hujung, kemudian ketik warna. Untuk menukar arah gradien, ketik Balikkan Warna. Untuk menukar sudut gradien, seret gelangsar Sudut.
Imej: Ketik Imej, ketik Tukar Imej, kemudian ketik foto; untuk memasukkan imej daripada iCloud atau perkhidmatan lain, ketik “Masukkan daripada”. Untuk menukar cara imej mengisi latar belakang slaid, ketik pilihan:
Saiz Asal: Meletakkan imej tanpa mengubah dimensi asal imej. Untuk mensaizkan semula imej, seret gelangsar Skala.
Regang: Saizkan semula imej untuk memuatkan dimensi slaid, yang mungkin menukar perkadaran imej.
Jubin: Mengulangi imej dalam slaid latar belakang. Untuk mensaizkan semula imej, seret gelangsar Skala.
Skala untuk Isian: Jadikan imej lebih besar atau kecil agar tiada ruang tertinggal di sekeliling imej.
Skala untuk Muat: Saizkan semula imej untuk memuatkan dimensi slaid, tetapi mengekalkan perkadaran imej.
Untuk mencipta imej berwarna, aktifkan Tindihan Warna dan ketik Isian untuk memilih warna tinta. Untuk menjadikan tinta lebih atau kurang telus, seret gelangsar Kelegapan.
Ketik untuk menutup kawalan.
Apabila anda menukar latar belakang tataletak slaid,ia digunakan pada setiap slaid yang menggunakan tataletak tersebut.