Gantikan teks secara automatik dalam Keynote pada iPhone
Anda boleh setkan Keynote untuk menggantikan teks tertentu secara automatik dengan teks yang anda tentukan. Contohnya, anda boleh membuatkan Keynote menggantikan teh dengan the atau (c) dengan © semasa anda menaip.
Pintasan teks ini hanya digunakan untuk pembentangan Keynote.
Gunakan pintasan untuk memasukkan teks
Dengan pintasan teks, anda boleh menaip beberapa aksara dan Keynote menggantikannya dengan teks penuh. Sebagai contoh, anda boleh mencipta pintasan yang membolehkan anda menaip por supaya plan of record dimasukkan secara automatik.
Ketik , ketik Seting, kemudian ketik Pembetulan Auto.
Aktifkan Penggantian Teks.
Ketik Senarai Penggantian, kemudian ketik .
Dalam medan Frasa, taipkan perkataan atau frasa dengan tepat seperti yang anda mahukan kelihatan dalam pembentangan.
Dalam medan Pintasan, taipkan huruf atau aksara yang anda mahu gantikan seluruh frasa.
Ketik Simpan.
Jika anda tidak melihat Simpan, pintasan tidak cukup unik dan mungkin akan menyebabkan penggantian tidak sengaja. Cuba kombinasi aksara berbeza.
Ketik Balik, kemudian ketik Selesai untuk kembali ke pembentangan.
Untuk menguji hasil, taip pintasan yang anda tentukan, kemudian ketik bar Space.
Pintasan tersedia dalam semua pembentangan Keynote anda apabila penggantian teks diaktifkan.
Keluarkan pintasan daripada senarai penggantian
Ketik , ketik Seting, kemudian ketik Pembetulan Auto.
Ketik Senarai Penggantian, kemudian ketik Edit.
Ketik bersebelahan pintasan, kemudian ketik Padam.
Ketik Selesai, kemudian ketik pembentangan untuk menutup kawalan.
Nyahaktifkan penggantian teks
Jika anda tidak mahu menggunakan penggantian teks untuk pembentangan, atau untuk teks tertentu, anda boleh menyahaktifkannya tanpa kehilangan pintasan dalam senarai penggantian.
Ketik , ketik Seting, kemudian ketik Pembetulan Auto.
Nyahaktifkan Penggantian Teks.
Seting penggantian teks digunakan untuk semua pembentangan Keynote anda, jadi jika anda nyahaktifkannya dalam satu pembentangan, ia juga dinyahaktifkan untuk pembentangan lain.
Nota: Apabila anda nyahaktifkan penggantian teks dalam Keynote, sebarang penggantian teks yang disediakan dalam Seting pada peranti anda masih digunakan untuk Keynote.