Nilai lagu dan kandungan lain dalam iTunes pada PC
Anda boleh memberi penilaian—dari satu hingga lima bintang—pada lagu, album, video, podcast atau item lain untuk menunjukkan sejauh manakah anda menyukainya. Anda boleh menggunakan penilaian untuk membantu mencipta senarai main secara automatik atau mengisih dan melayari pustaka iTunes anda.
Aktifkan atau nyahaktifkan penilaian
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih pilihan (Muzik, Filem, atau TV) daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Bergantung pada pilihan yang anda ambil di atas, klik Lagu, Filem, atau Episod dalam bar sisi di sebelah kiri.
Pilih Lihat > Tunjukkan Pilihan Paparan, kemudian pilih Penilaian. Jika kotak semak dipilih, penilaian diaktifkan.
Beri penilaian kepada item
Dalam app iTunes pada PC anda, pilih pilihan (Muzik, Filem, atau TV) daripada menu timbul di sebelah kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Bergantung pada pilihan yang anda ambil di atas, klik Lagu, Filem, atau Episod dalam bar sisi di sebelah kiri.
Pilih item yang anda mahu nilaikan, kemudian klik atau seret dalam lajur penilaian untuk menambah atau mengeluarkan bintang.