Mainkan filem pada Apple TV daripada iTunes pada PC
Jika anda mempunyai Apple TV, anda boleh menggunakannya untuk menonton filem daripada komputer pada TV anda. Anda mungkin perlu menukarkan beberapa filem agar berfungsi dengan Apple TV. Sebarang video yang dimainkan pada iPhone, iPad, atau iPod adalah serasi dengan Apple TV.
Pergi ke app iTunes pada PC anda.
Pilih Filem daripada menu timbul di bahagian kiri atas, kemudian klik Pustaka.
Jika anda tidak melihat Filem dalam menu timbul, anda perlu menggunakan app Apple TV yang anda pasang pada peranti anda. Lihat Panduan Pengguna Apple TV untuk Windows bagi mendapatkan butiran lanjut.
Pilih filem, kemudian pilih Fail > Tukar > Cipta Versi iPad atau Apple TV.
Menukarkan filem untuk Apple TV boleh mengambil masa dari beberapa minit sehingga beberapa jam, bergantung pada komputer anda dan panjang serta kandungan filem.
Fail filem asal kekal dalam pustaka iTunes anda.