iMovie
Panduan Pengguna iMovie
- Selamat Datang
- Apakah iMovie?
- Hak Cipta
Eksport imej dalam iMovie pada Mac
Anda boleh mengeksport bingkai tunggal video dalam filem anda sebagai imej untuk digunakan dengan app lain. Imej disimpan dalam format JPEG.
Dalam app iMovie pada Mac anda, imbas klip dalam pelayar atau filem dalam garis masa dan klik apabila anda mencapai bingkai yang anda mahu eksport.
Pilih Fail > Kongsi > Imej.
Dalam dialog yang muncul, taipkan nama dalam medan Simpan Sebagai atau biarkan nama lalai, yang merupakan nama filem, treler atau klip.
Navigasi ke lokasi yang anda mahu menyimpan filem dan klik Simpan.
Selepas proses kongsi selesai, pemberitahuan “Kongsi Berjaya” muncul.
Terima kasih atas maklum balas anda.