Hantar projek ke Final Cut Pro daripada iMovie pada Mac
Apabila anda menghantar filem ke Final Cut Pro, fail projek dan media yang digunakan dalam projek akan disalin ke pustaka Final Cut Pro anda.
Hanya projek filem dapat dihantar ke Final Cut Pro. Jika anda mahu menghantar treler, anda mesti menukarnya kepada filem dahulu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tukarkan treler kepada filem dalam iMovie pada Mac.
Jika filem yang anda hantar ke Final Cut Pro mengandungi klip dengan pelarasan audio “Kurangkan kelantangan klip lain”, kesan tersebut muncul dalam Final Cut Pro sebagai penapis Peningkatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kesan, lihat “Kurangkan kelantangan klip lain yang dimainkan pada masa yang sama” dalam Tambah kesan audio dalam iMovie pada Mac.
Dalam app iMovie pada Mac anda, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih projek dalam paparan Projek atau dwiklik projek untuk membukanya
Dengan projek terbuka, klik di mana-mana kawasan dalam garis masa.
Nota: Jika anda tidak menemui projek yang anda cari, sahkan bahawa pustaka yang betul dipilih.
Pilih Fail > Hantar Filem Ke Final Cut Pro.
Final Cut Pro dibuka. Pustaka baharu muncul dalam Final Cut Pro dengan nama pustaka iMovie anda dan peristiwa baru dalam pustaka tersebut mengandungi projek filem yang anda hantar.
Untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan Final Cut Pro, lihat Panduan Pengguna Final Cut Pro X.