pelayar

Kawasan dalam iMovie yang memaparkan media dalam item yang dipilih dalam senarai Pustaka atau pustaka kandungan. Anda memilih klip atau sebahagian klip dalam pelayar untuk bekerja menggunakannya.

Anda boleh menapis item dalam pelayar untuk menunjukkan semua klip, menunjukkan kegemaran sahaja atau klip yang ditolak atau sembunyikan klip yang ditolak. Anda juga boleh mencari nama klip dalam pelayar, mengesetkan saiz dan paras zum item serta memilih sama ada untuk menunjukkan bentuk gelombang audio.

Julat dalam klip video yang telah dinilai sebagai kegemaran muncul dengan garis hijau di bahagian atas. Julat yang ditandakan sebagai ditolak muncul dengan garis merah di bahagian atas. Julat yang telah ditambah ke projek ditandakan di sepanjang bahagian bawah dengan garis jingga dan klip video dengan kata kunci ditambah dalam Foto atau versi iMovie sebelumnya ditandakan dengan garis ungu.

Bar sisi dan pelayar