Di manakah lagi anda boleh mengakses data yang anda simpan dalam iCloud?
Selain komputer Windows anda, anda boleh mengakses maklumat yang disimpan dalam iCloud pada iPhone, iPad, iPod touch, Mac, Apple Watch atau Apple TV yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda. Anda juga boleh mengakses maklumat dalam talian dalam iCloud.com.
Lihat sumber berikut untuk maklumat lanjut tentang iCloud dan cara menggunakan iCloud pada peranti anda.
Sumber iCloud
Lihat mana‑mana yang berikut untuk maklumat umum tentang iCloud:
Pengenalan kepada iCloud dalam Panduan Pengguna iCloud
Sediakan iCloud pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud
App dan ciri yang menggunakan iCloud dalam Panduan Pengguna iCloud
iCloud.com
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat yang tersedia dalam talian dan untuk mengakses kandungan anda, lakukan mana‑mana yang berikut:
Lihat Daftar masuk dan gunakan iCloud.com dalam Panduan Pengguna iCloud.
Pergi ke iCloud.com.
Gunakan iCloud pada peranti Apple anda
Untuk mengetahui cara menggunakan ciri iCloud pada peranti, pergi ke panduan pengguna untuk peranti tersebut. Gunakan medan carian atau Senarai Kandungan untuk mencari ciri yang anda mahukan.