Gunakan Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada komputer Windows anda
Selepas anda menyediakan atau menyertai Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada iPhone, iPad atau Mac anda, anda boleh melihatnya pada komputer Windows anda dengan iCloud untuk Windows 14 atau terkini.
Untuk arahan persediaan, lihat Menyediakan atau melihat Pustaka Foto Dikongsi iCloud pada semua peranti anda.
Lihat Pustaka Foto Dikongsi iCloud anda
Foto dan video dalam Pustaka Foto Dikongsi iCloud anda dipaparkan di tempat yang sama dengan pustaka peribadi Foto iCloud anda. Foto dalam pustaka dikongsi termasuk lencana ikon untuk mengenal pasti foto dengan cepat. Jika anda menambahkan item pada pustaka dikongsi, anda melihat bersebelahan dengan nama fail. Jika peserta lain telah menambahkan item, anda akan melihat .
Pada komputer Windows anda, buka Penjelajah Fail, kemudian klik Foto iCloud dalam tetingkap Navigasi.
Jika anda tidak melihat Foto iCloud, klik Gambar dalam tetingkap Navigasi, kemudian dwiklik Foto iCloud.
Dwiklik imej kecil untuk muat turun dan melihatnya.
Alihkan item antara pustaka peribadi anda dengan pustaka dikongsi
Anda boleh mengalihkan mana-mana foto atau video dalam pustaka peribadi anda ke pustaka dikongsi anda. Anda juga boleh mengalihkan item yang anda tambahkan ke pustaka dikongsi kembali ke pustaka peribadi anda.
Foto dan video yang ditambahkan kepada Pustaka Foto Dikongsi iCloud akan diambil kira dalam storan iCloud pengatur pustaka itu.
Pada komputer Windows anda, buka Penjelajah Fail, kemudian klik Foto iCloud dalam tetingkap Navigasi.
Jika anda tidak melihat Foto iCloud, klik Gambar dalam tetingkap Navigasi, kemudian dwiklik Foto iCloud.
Klik kanan foto atau video yang ingin anda alihkan, pilih Pustaka Foto Dikongsi iCloud, kemudian pilih "Alih ke pustaka peribadi" atau "Alih ke pustaka dikongsi."
Nota: Jika foto mempunyai di sebelah nama fail, peserta lain menambahkan item itu pada pustaka dikongsi dan anda tidak boleh mengalihkan foto ke pustaka peribadi anda.
Lihat orang yang berkongsi foto atau video
Pada komputer Windows and, buka Penjelajah Fail, kemudian klik Foto iCloud dalam tetingkap Navigasi.
Jika anda tidak melihat Foto iCloud, klik Gambar dalam tetingkap Navigasi, kemudian dwiklik Foto iCloud.
Tahan penuding di atas foto atau video.
Anda akan melihat orang yang berkongsi item di sebelah Aktiviti.
Padam foto atau video daripada pustaka anda yang dikongsi
Mana-mana peserta pustaka dikongsi boleh mengalihkan foto dan video kepada album Terbaru Dipadam, foto dan video akan kekal selama 30 hari sebelum dipadamkan secara kekal. Apabila anda memadamkan foto atau video, foto atau video juga dipadamkan daripada semua peranti anda yang menghidupkan Foto iCloud. Lihat Padamkan foto atau video daripada pustaka dikongsi anda dalam Panduan Pengguna iCloud.