Sediakan iCloud Drive pada komputer Windows anda
Selepas anda menyediakan iCloud untuk Windows, anda boleh menghidupkan iCloud Drive untuk melihat fail yang disimpan di iCloud pada komputer Windows anda. Sebelum bermula, ketahui versi iCloud untuk Windows yang anda miliki.
Untuk gambaran keseluruhan iCloud Drive, lihat Pastikan fail anda terkini dan kongsi fail dengan iCloud Drive dalam Panduan Pengguna iCloud.
Sediakan iCloud Drive
Pada komputer Windows, buka iCloud untuk Windows.
Di sebelah kanan iCloud Drive, klik, , kemudian hidupkan iCloud Drive.
Klik Selesai.
Fail di bawah 1 MB dimuat turun secara automatik. Anda boleh membuka dan melihat fail yang dimuat turun secara terus pada komputer anda.
Nota: Jika anda menggunakan iCloud untuk Windows versi 7, keseluruhan kandungan iCloud Drive dimuat turun secara automatik.
Ubah tempat fail dan folder anda disimpan
Nama dan folder anda disimpan dalam C:\Users\[nama pengguna]\iCloud Drive secara lalai. Jika anda mempunyai iCloud untuk Windows 14 atau terkini, anda boleh memilih lokasi yang berlainan.
Pada komputer Windows, buka iCloud untuk Windows.
Di sebelah kanan iCloud Drive, klik .
Jika iCloud Drive dihidupkan, matikannya.
Klik butang Ubah.
Pilih pemacu cakera berlainan yang diformatkan sebagai NTFS, klik Pilih Folder, kemudian klik OK.
Klik Selesai.
Untuk mula menggunakan iCloud Drive pada komputer Windows anda, ketahui cara melihat, menambah atau mengeluarkan fail dan berkongsi fail dan folder.
Anda juga boleh menggunakan iCloud Drive pada peranti Apple dan di iCloud.com. Lihat Sediakan iCloud Drive pada semua peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.