
Atur nota dalam folder di iCloud.com
Anda boleh menyusun nota anda dengan menyimpannya dalam folder. Selain folder yang anda cipta, Nota juga mencipta folder berikut secara automatik:
Semua iCloud: Menunjukkan nota pada semua folder kecuali folder Baru Dipadamkan.
Nota: Mengandungi nota yang belum dipindahkan ke folder yang anda cipta atau tidak terdapat dalam folder Baru Dipadamkan.
Baru Dipadamkan: Mengandungi nota yang anda padamkan dalam masa 30 hari yang lalu.
Cipta folder
Dalam Nota di iCloud.com, klik
di bahagian bawah senarai folder.
Namakan folder tersebut, kemudian tekan kekunci Return atau Enter.
Folder anda dipaparkan dalam senarai folder mengikut urutan abjad.
Namakan semula atau pindahkan folder
Dalam Nota di iCloud.com, lakukan mana‑mana yang berikut:
Namakan semula folder: Klik
di bahagian bawah senarai folder. Klik nama, taipkan nama baru, kemudian tekan kekunci Return atau Enter. Folder anda dipaparkan dalam senarai folder mengikut urutan abjad.
Letakkan folder ke dalam folder lain: Seret dan lepas folder ke atas folder lain.
Alih subfolder ke aras teratas senarai folder: Seret dan lepas subfolder itu ke atas folder Semua iCloud.
Padamkan folder
Dalam Nota di iCloud.com, klik butang Tindakan
di bahagian bawah senarai folder.
Klik
di sebelah folder yang anda ingin padamkan, kemudian klik Padamkan Folder.
Nota dalam folder yang anda padam dialihkan ke folder Baru Dipadamkan dan akan kekal di dalam folder itu selama 30 hari. Pada masa itu anda masih boleh melihat dan memulihkannya. Selepas 30 hari, nota dipadamkan secara kekal. Lihat Padamkan dan pulihkan nota di iCloud.com.
Anda tidak boleh memadam folder Semua iCloud, Nota atau Baru Dipadamkan tetapi anda boleh memadamkan nota di dalam folder tersebut. Jika anda memadamkan semua nota dalam folder Baru Dipadamkan, ia akan hilang sehingga anda memadamkan lebih banyak nota.
Alihkan nota dari satu folder ke folder yang lain
Dalam Nota di iCloud.com, seret nota ke folder yang ingin anda pindahkan. Nota disenaraikan mengikut tarikh ubah suai terakhir, dengan nota paling baharu berada teratas di senarai nota.
Anda tidak boleh mengalihkan nota ke folder Semua iCloud.