
Tukar e-mel, kata laluan atau gambar profil Apple ID anda
Gunakan Apple ID dan kata laluan anda untuk mendaftar masuk ke iCloud.com. Anda boleh menukar alamat e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda, menukar atau menetapkan semula kata laluan anda atau menukar gambar profil Apple ID anda.
Tukar e-mel atau kata laluan Apple ID anda
Jika anda tidak lagi menggunakan alamat e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda, anda boleh menukar alamat e-mel tersebut. Anda juga boleh menukar atau menetapkan semula kata laluan Apple ID anda.
Nota: Di sesetengah negara atau rantau, anda boleh menggunakan nombor telefon mudah alih anda sebagai Apple ID anda. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan nombor telefon mudah alih anda sebagai Apple ID anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tukar Apple ID anda: Anda boleh menukar alamat e-mel yang berkaitan dengan Apple ID anda pada laman web akaun Apple ID. Daftar masuk dengan Apple ID semasa anda, kemudian klik butang Edit dalam bahagian Akaun. Untuk arahan terperinci, lihat artikel Sokongan Apple Tukar Apple ID anda.
Tukar kata laluan Apple ID anda: Jika anda mengetahui kata laluan Apple ID semasa anda dan ingin menukar kata laluan tersebut, anda boleh berbuat demikian pada laman web akaun Apple ID. Lihat artikel Sokongan Apple Tukar kata laluan Apple ID anda.
Tetapkan semula kata laluan Apple ID anda: Jika anda terlupa kata laluan anda dan perlu menetapkan semula kata laluan tersebut, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa kata laluan Apple ID anda.
Tukar gambar Apple ID anda
Gambar anda muncul di halaman utama iCloud.com anda.
Di iCloud.com, pergi ke Seting Akaun, kemudian klik gambar di sebelah nama anda.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Seret fail imej ke gambar.
Klik Pilih Foto, kemudian ikut arahan pada skrin.