
Muat naik dan muat turun fail daripada iCloud Drive di iCloud.com
Anda boleh memuat naik fail dari Mac atau komputer Windows ke iCloud Drive. Anda juga boleh memuat turun fail daripada iCloud Drive yang anda mahu salin ke komputer anda.
Muat naik fail
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, lakukan salah satu perkara berikut:
Seret fail daripada desktop atau tetingkap folder pada komputer anda ke tetingkap iCloud Drive atau ikon folder dalam tetingkap iCloud Drive.
Jika anda menyeret ke ikon folder, ikon itu diserlahkan untuk mengesahkan bahawa item yang anda seret akan dibawa ke dalam folder tersebut.
Klik
dalam bar alat iCloud Drive, pilih fail yang ingin dimuat naik, kemudian ikut arahan pada skrin.
Jika anda melihat mesej bahawa ruang kosong tidak mencukupi untuk item yang anda sedang cuba untuk muat naik, anda boleh memadamkan fail iCloud Drive untuk menjimatkan ruang.
Sesetengah app seperti Pages, Numbers dan Keynote mempunyai folder mereka sendiri di iCloud Drive. Anda hanya boleh memuat naik fail ke dalam folder app jika app itu boleh membuka fail tersebut.
Muat turun fail
Perubahan yang anda buat pada fail yang dimuat turun hanya akan dipaparkan pada komputer anda sekiranya anda memuat naik fail tersebut selepas itu ke iCloud Drive.
Dalam iCloud Drive di iCloud.com, pilih fail
dalam bar alat iCloud Drive.
Fail itu disimpan dalam folder Muat Turun pada komputer anda (atau folder lain yang ditentukan dalam seting keutamaan atau seting pilihan pada pelayar web anda).