Tulis dan hantar e‑mel dalam Mail di iCloud.com
Anda boleh menulis dan menghantar e‑mel di iCloud.com, menyimpan draf e‑mel untuk dihantar kemudian dan mengubah folder lalai untuk e‑mel yang telah dihantar.
Untuk menghantar e‑mel dari alamat e‑mel yang unik dan rawak dengan iCloud+, lihat Guna Sembunyikan E‑mel Saya dalam Mail di iCloud.com.
Tulis dan hantar e‑mel
Dalam Mail di iCloud.com, ketik di sudut kanan atas tetingkap.
E‑mel kosong dibuka.
Petua: Untuk memulakan e‑mel dari halaman utama iCloud.com, ketik di penjuru jubin Mail. Untuk memulakan e‑mel dari mana sahaja di iCloud.com, ketik dalam bar alat, kemudian ketik Mesej E‑mel.
Taip satu atau lebih nama atau alamat e‑mel dalam medan alamat. Semasa anda menaip, anda akan melihat cadangan alamat.
Untuk memasukkan medan alamat Sk dan Skt atau memilih alamat penghantaran lain, ketik Sk/Skt atau Daripada.
Taipkan subjek anda dan e‑mel anda.
Anda boleh memformatkan teks dalam e‑mel anda dengan mengetik .
Untuk menambah lampiran, ketik .
Jika lampiran anda terlalu besar untuk dihantar dalam e‑mel, anda boleh menggunakan Mail Drop. Lihat Tambah lampiran e‑mel dalam Mail di iCloud.com.
Ketik di sudut kanan sebelah atas.
Buat asal e‑mel yang dihantar
Ketik Buat Asal Penghantaran di bahagian bawah skrin untuk menarik balik e‑mel.
Petua: Secara lalai, anda mempunyai 10 saat untuk mengubah fikiran, tetapi anda boleh menukar tempoh masa. Ketik di bahagian atas Senarai Peti Mel, pilih Seting, kemudian pilih Mengarang. Ketik menu timbul di sebelah Buat Asal Tundaan Hantar dan pilih pilihan lain, atau nyahpilih untuk mematikannya.
Tukar folder lalai untuk e‑mel yang dihantar
Dalam Mail di iCloud.com, ketik di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Ketik Kelakuan Peti Mel, pilih "Simpan mesej yang dihantar dalam", pilih folder lain atau ketik untuk mencipta folder baharu, kemudian ketik Selesai.