
Baca e‑mel dalam Mel di iCloud.com
Anda boleh melihat mel yang dihantar ke alamat e‑mel @icloud.com dan sebarang alias dalam Mail di iCloud.com. Jika anda mempunyai iCloud+, anda juga boleh melihat mel yang dihantar ke alamat domain e‑mel tersuai.
Untuk melihat Mail iCloud anda pada peranti lain, lihat Sediakan iCloud untuk Mail pada semua peranti anda.
Nota: Domain E‑mel Tersuai tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Baca e‑mel
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Peti Masuk dalam Senarai Peti Mel.
Jika anda ingin melihat senarai e‑mel dalam folder mel yang berlainan, ketik folder tersebut. Contohnya, ketik Dihantar untuk melihat senarai e‑mel yang telah anda hantar.
Pilih e‑mel dalam senarai e‑mel anda.
Dalam senarai e‑mel anda, e‑mel dilabelkan dengan ikon berikut:
Ikon | Penerangan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | E‑mel belum dibaca. | ||||||||||
![]() | E‑mel mengandungi lampiran. Lihat Muat turun lampiran e‑mel daripada Mel di iCloud.com. | ||||||||||
![]() | E‑mel yang anda telah balas. Lihat Balas atau majukan e‑mel dalam Mel di iCloud.com. | ||||||||||
![]() | E‑mel yang anda telah majukan. Lihat Balas atau majukan e‑mel dalam Mel di iCloud.com. | ||||||||||
![]() | E‑mel yang anda telah benderakan. Lihat Cari, tapis dan benderakan e‑mel dalam Mel di iCloud.com. |
Semak e‑mel baharu
E‑mel anda dikemas kini secara automatik, tetapi anda juga boleh menyegar semula e‑mel secara manual.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik
di bahagian atas Senarai Peti Mel.
Tandakan e‑mel sebagai belum dibaca
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Edit di bahagian atas senarai e-mel, kemudian ketik
di sebelah e-mel itu atau e-mel yang ingin anda tandakan sebagai belum dibaca.
Ketik Tandakan di bahagian bawah senarai e‑mel, kemudian ketik Tandakan sebagai Belum Dibaca.
Anda boleh menandakan e‑mel individu dalam perbualan sebagai belum dibaca. Ketik di sudut kanan bawah e‑mel, kemudian ketik Tandakan sebagai Belum Dibaca.
Muatkan imej HTML secara automatik
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik
di bahagian atas Senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.
Ketik
, pilih Privasi & Keselamatan, kemudian nyahpilih Sekat Semua Kandungan Jauh.
Apabila Sekat Semua Kandungan Jauh dipilih, anda perlu mengetik "Muatkan kandungan jauh" di bahagian atas e‑mel untuk melihat imej.
Jika anda tidak dapat membaca e‑mel kerana e‑mel disulitkan, buka e‑mel dari salah satu peranti yang dipercayai anda. Lihat Apakah itu e‑mel yang ditandatangani secara digital dan disulitkan?