Panduan Pengguna iCloud.com untuk iPhone
- Selamat Datang
- Pengenalan kepada iCloud.com
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright
Simpan dan lihat draf e‑mel dalam Mail di iCloud.com
Mail di iCloud.com menyimpan e‑mel secara automatik semasa anda menulis e‑mel, jadi anda boleh mengedit atau menghantar e‑mel itu kemudian. Anda juga boleh menyimpan e‑mel secara manual sebagai draf pada bila-bila masa.
Simpan e‑mel draf
Dalam Mail di iCloud.com, mula menulis e‑mel.
Ketik di penjuru kiri atas, kemudian ketik Simpan.
Lihat atau edit draf e‑mel
Dalam Mail di iCloud.com, pilih folder Draf dalam Senarai Peti Mel.
Cari e‑mel yang anda tulis sebelum ini, kemudian ketik draf untuk mengeditnya.
Apabila anda menghantar e‑mel yang telah disimpan sebagai draf, versi draf dikeluarkan dari folder Draf.
Terima kasih atas maklum balas anda.