
Apakah itu iCloud?
iCloud menyimpan kandungan anda dengan selamat dan memastikan app dikemas kini merentas semua peranti anda. Ini bermakna semua maklumat anda—foto, fail, nota dan banyak lagi—adalah selamat dan tersedia di mana‑mana sahaja anda berada.
Jika anda tidak mempunyai iPhone, iPad, iPod touch atau Mac, anda boleh mendapatkan akses iCloud web sahaja untuk menggunakan iCloud Drive dan Nota daripada pelayar web pada telefon anda—dan lebih banyak ciri daripada komputer atau tablet. Lihat artikel Sokongan Apple Akses web sahaja ke iCloud dan Ciri iCloud.com yang tersedia dalam pelayar pada peranti anda.
Pengguna web sahaja mendapat storan percuma 1GB. Untuk meningkatkan storan anda atau mendapatkan akses ke lebih banyak ciri iCloud, lihat Dapatkan lagi ciri iCloud .
Ini adalah beberapa cara anda boleh menggunakan iCloud. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri iCloud, lihat apple.com/icloud.
Ikon | Penerangan |
---|---|
![]() | Pastikan foto anda sentiasa dikemas kini Foto iCloud menyimpan semua foto dan video anda secara automatik dan selamat serta memastikan foto dan video tersebut adalah terkini pada semua peranti dan di iCloud.com. Foto asal anda dalam resolusi penuh dimuat naik ke iCloud sementara versi ringan disimpan pada peranti anda. Selain itu, dengan Album Dikongsi, mudah untuk anda berkongsi foto dan video dengan orang yang anda pilih sahaja dan menjemput orang itu menambah ulasan serta berkongsi foto dan video dengan anda. |
![]() | Simpan semua fail anda dengan selamat di iCloud Drive Simpan dan susun atur fail anda dengan selamat di iCloud Drive. Akses fail tersebut pada semua peranti anda dan di iCloud.com serta kongsi fail itu menggunakan pautan peribadi. Anda juga boleh menambahkan folder Desktop dan Dokumen Mac pada iCloud Drive supaya ia tersedia di mana‑mana sahaja. |
![]() | Pastikan Mail, Kenalan, Kalendar, Nota dan Peringatan adalah terkini Pastikan app seperti Mail, Kenalan, Kalendar, Nota dan Peringatan adalah terkini pada seluruh peranti anda dengan iCloud. Apabila anda membuat perubahan pada satu peranti, maklumat anda akan dikemas kini di semua tempat. Anda juga boleh menggunakan Mail, Kenalan, Kalendar, Nota dan Peringatan versi web di iCloud.com. |
![]() | Bekerjasama dengan Pages, Numbers dan Keynote Cipta dokumen, pembentangan atau hamparan dan akses item ini pada semua peranti anda dengan iCloud. Malah, anda boleh mengedit item tersebut di web dengan iCloud.com. Kongsi fail dengan rakan dan rakan sekerja anda—rakan usaha sama dapat melihat apa‑apa pengeditan semasa ia dibuat.. |
![]() | Akses mesej anda pada semua peranti Hidupkan Mesej iCloud untuk menyimpan mesej daripada iPhone, iPad, iPod touch dan Mac anda di iCloud. Mesej anda adalah terkini pada semua peranti. Anda boleh memulakan perbualan pada satu peranti dan mengakhiri perbualan tersebut pada peranti lain. |
![]() | Guna Tab iCloud, penanda buku dan senarai bacaan di Safari Lihat laman web yang anda buka pada peranti iOS, peranti iPadOS dan Mac (Tab iCloud) anda. Baca artikel dari Senarai Bacaan anda, meskipun anda berada di luar talian. Selain itu, gunakan penanda halaman yang sama pada peranti iOS, peranti iPadOS, Mac dan komputer Windows anda. |
![]() | Sandarkan dan pulihkan iCloud boleh menyandarkan peranti iOS dan iPadOS anda secara automatik melalui Wi‑Fi apabila peranti anda dihidupkan, dikunci dan disambungkan ke sumber kuasa. Anda boleh menggunakan sandaran iCloud untuk memulihkan peranti iOS atau iPadOS anda atau menyediakan peranti baharu dengan mudah. |
![]() | Cari peranti atau rakan anda Gunakan app Cari pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac anda untuk mencari peranti yang hilang, mengunci dan menjejaki peranti atau memadamkan peranti dari jauh. Anda juga boleh berkongsi lokasi anda dengan rakan dan keluarga serta melihat lokasi mereka pada peta. Di iCloud.com, gunakan Cari iPhone Saya untuk mencari peranti dan Cari Rakan Saya untuk mencari orang. |
![]() | Guna Rantai Kunci iCloud Pastikan kata laluan, maklumat kad kredit dan banyak lain sentiasa dikemas kini dan kata laluan anda akan diisi secara automatik pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac anda. Anda juga boleh mengakses kata laluan Safari pada komputer Windows. |
![]() | Dapatkan sebanyak mana storan yang anda perlukan Apabila anda menyediakan iCloud pada iPhone, iPad, iPod touch atau Mac, anda mendapat 5 GB storan percuma untuk sandaran mel, dokumen, foto serta peranti iOS dan iPadOS anda. Naik taraf mudah dilakukan pada bila‑bila masa. Pembelian muzik, app, rancangan TV dan buku anda tidak memakan ruang storan yang tersedia. |
![]() | Kongsi muzik, buku, app dan banyak lagi dengan keluarga anda Perkongsian Keluarga membolehkan sehingga enam ahli keluarga berkongsi pembelian iTunes Store, App Store dan Apple Books tanpa berkongsi akaun. Bayar semua pembelian keluarga dengan kad kredit yang sama dan luluskan perbelanjaan anak‑anak dari peranti ibu bapa. Selain itu, kongsi storan iCloud, foto, kalendar, peringatan, lokasi dan banyak lagi. |
Nota: Sesetengah ciri iCloud mempunyai keperluan sistem minimum. iCloud mungkin tidak tersedia di semua kawasan dan ciri iCloud mungkin berbeza mengikut kawasan. Lihat artikel Sokongan Apple Keperluan sistem untuk iCloud.