Lihat dan rakam video daripada kamera keselamatan dalam Rumah pada Mac
Kamera boleh diletakkan dalam bilik di dalam rumah anda, atau anda boleh menambah bilik untuk lokasi luar seperti anjung hadapan atau belakang rumah anda. Anda boleh menjalankan kamera sepanjang masa, atau apabila dicetuskan oleh peristiwa. Lihat Automasikan suasana dan aksesori.
Nota: Untuk merakam daripada kamera, anda memerlukan iCloud+. Kandungan video tidak dikira daripada had data iCloud+ anda. Lihat artikel Sokongan Apple Naik taraf ke iCloud+.
Video yang dirakam oleh kamera anda dianalisis dan disulitkan pada peranti hab rumah anda (HomePod mini, HomePod, Apple TV, atau iPad) dan dimuat naik secara selamat ke iCloud supaya hanya anda dan orang yang anda kongsikan video boleh melihat video. Lihat tapak web aksesori Rumah untuk senarai kamera keselamatan yang serasi.
Penting: iPad tidak disokong sebagai hab rumah pada seni bina Rumah baharu, yang lebih efisien dan boleh dipercayai. Lihat artikel Sokongan Apple Naik taraf ke seni bina Rumah baharu.
Lihat video
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik jubin kamera pada skrin Utama.
Video langsung dimainkan secara automatik. Klik butang Gambar dalam Gambar untuk melihat video langsung dalam tetingkap yang berasingan.
Jika anda memilih untuk merakamkan video, klik klip untuk memainkan klip, atau gosok menerusi garis masa di bahagian bawah skrin untuk melayari klip dirakam.
Untuk bertukar kembali ke video langsung, klik Langsung.
Terima pemberitahuan apabila kamera anda mengesan aktiviti
Anda boleh memilih masa untuk menerima pemberitahuan (contohnya, pada bila-bila masa anda tiada di rumah), apabila pergerakan dikesan, atau apabila klip dirakam. Anda juga boleh memilih untuk membenarkan petikan diambil apabila pergerakan dikesan.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik jubin kamera, kemudian klik butang Pilihan .
Klik Status dan Pemberitahuan.
Pilih masa yang anda mahu dimaklumkan.
Klik butang Balik , kemudian klik butang Tutup di penjuru kanan atas.
Jika kamera menjadi tidak tersedia (atau tersedia), atau jika semua kamera dalam rumah anda menjadi tidak tersedia dan peranti Apple yang anda gunakan untuk mengawal rumah anda mempunyai akses internet, anda boleh menerima pemberitahuan. Untuk menerima pemberitahuan, dalam Pilihan Rakaman untuk Apabila di Rumah, Apabila Tiada, atau kedua-duanya, pilih Strim & Benarkan Perakaman.
Rakam video apabila pergerakan dikesan dengan Video Selamat HomeKit
Dengan kamera yang serasi, anda boleh merakam video apabila kamera mengesan pergerakan.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik jubin kamera, kemudian klik butang Pilihan .
Klik Pilihan Rakaman, kemudian klik sama ada Apabila di Rumah atau Apabila Tiada.
Anda boleh mencipta seting berasingan untuk apabila anda di rumah dan apabila anda tiada di rumah. Sebagai contoh, semasa anda di rumah, anda mungkin memilih untuk menghentikan penstriman dan rakaman untuk kamera di dalam rumah anda, tetapi terus menstrim dan merakam daripada kamera luar.
Klik Strim & Benarkan Perakaman.
Klik Pilihan Lanjut, kemudian pilih masa anda mahu merakam.
Kamera anda boleh merakam apabila sebarang pergerakan dikesan atau apabila pergerakan khusus dikesan. Pilih “Pergerakan Khusus Dikesan” untuk membuatkan rakaman video dicetuskan oleh pergerakan orang, haiwan, kenderaan, atau penghantaran barang.
Petua: Memilih pergerakan khusus dan bukannya sebarang pergerakan menghasilkan kurang klip (dan kurang pemberitahuan klip) dan kurang video untuk disemak. Sebagai contoh, pilih Orang dan kamera anda tidak akan menangkap pergerakan daun pada pokok.
Klik butang Balik , klik butang Balik lagi, kemudian klik butang Tutup di penjuru kanan atas.
Apabila anda mengesetkan kamera untuk mengesan pergerakan khusus, garis masa memaparkan simbol unik untuk orang, haiwan, kenderaan dan penghantaran barang.
Nota: Jika terdapat lebih banyak kamera di rumah anda daripada video yang boleh dianalisis pada satu masa oleh hab rumah anda, sesetengah video yang dirakam mungkin tidak dianalisis. Klip masih dirakam, tetapi akan menunjukkan yang menandakan video tidak dianalisis untuk pergerakan khusus.
Rangka kawasan untuk mengesan pergerakan dengan Video Selamat HomeKit
Dengan kamera yang serasi, selepas anda sedia untuk merakam sekurang-kurangnya satu jenis peristiwa yang penting, anda boleh mengecilkan kawasan yang anda mahu fokuskan.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik jubin kamera atau loceng pintu, kemudian klik butang Pilihan .
Klik Pilih Zon Aktiviti.
Jika Pilih Zon Aktiviti tidak ditunjukkan, pastikan anda telah memilih untuk merakam video apabila pergerakan dikesan. Klik Pilihan Rakaman, klik sama ada Apabila di Rumah atau Apabila Tiada, kemudian klik Strim & Benarkan Perakaman.
Klik untuk menambah penjuru.
Klik penjuru lagi untuk memadamkannya. Seret penjuru untuk membentuk kawasan.
Klik Tambah Zon apabila anda merangka kawasan yang anda mahu rakam.
Untuk mengecualikan kawasan yang dirangka dan merakam semua yang berada di luarnya, klik Terbalikkan Zon.
Klik Selesai, kemudian klik butang Tutup di penjuru kanan atas.
Dapatkan makluman tentang orang yang berada di pintu dengan Video Selamat HomeKit
Dengan kamera atau loceng pintu yang serasi, anda boleh menggunakan app Rumah untuk dimaklumkan apabila seseorang yang anda kenal berada di pintu. Berdasarkan imej daripada Pustaka Foto dan pelawat terkini, anda melihat nama dan muka orang di pintu (atau mesej yang orang tersebut tidak dikenali).
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik jubin kamera atau loceng pintu, kemudian klik butang Pilihan .
Klik Pengecaman Muka.
Aktifkan Pengecaman Muka.
Untuk melihat pelawat terbaharu yang anda sahkan anda kenali, tetapi tiada dalam Pustaka Foto anda, klik Dikenali Isi Rumah.
Klik butang Balik , kemudian klik butang Tutup di penjuru kanan atas.
Apabila anda menerima pemberitahuan, kliknya untuk melihat lebih lanjut tentang pelawat anda.