Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Susun dan tukar bilik dalam Rumah pada Mac
Anda boleh menyusun tertib bilik dalam bar sisi, pergi ke bilik yang berbeza, atau pergi ke rumah kedua.
Susun semula bilik dan bahagian pada skrin Rumah
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik Rumah dalam bar sisi.
Klik butang Lagi , kemudian klik Susun Semula Bahagian.
Seret bilik atau bahagian ke kedudukan lain.
Klik Selesai.
Bertukar kepada bilik lain
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik bilik dalam bar sisi.
Bertukar kepada rumah lain
Jika anda telah menambah rumah lain pada iPhone atau iPad, anda boleh bertukar ke rumah tersebut.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik butang Lagi , kemudian klik rumah lain anda.