Sediakan kamera keselamatan untuk digunakan dengan Rumah pada Mac
Anda boleh melihat aktiviti video yang diambil daripada kamera keselamatan rumah anda apabila orang, haiwan, atau kenderaan dikesan. Video yang dirakam oleh kamera anda dianalisis dan disulitkan pada peranti hab rumah anda (HomePod, AppleTV, atau iPad) dan dimuat naik secara selamat ke iCloud supaya hanya anda dan orang yang anda kongsikan video boleh melihat video. Lihat tapak web aksesori Rumah untuk senarai kamera keselamatan yang serasi.
Nota: Untuk menstrim dan merakam daripada satu kamera, anda mesti mempunyai pelan storan iCloud 200 GB. Untuk menstrim dan merakam daripada lebih daripada satu kamera, anda mesti mempunyai pelan storan iCloud 2 TB, yang membolehkan anda melihat aktiviti daripada sehingga lima kamera. Kandungan video tidak dikira daripada had data iCloud anda.
Tukar pilihan kamera
Secara lalai, kamera ditandakan sebagai kegemaran dan kelihatan pada skrin Utama.
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik jubin kamera, kemudian klik .
Pilih pilihan untuk mengedit:
Bilik: Kamera boleh diletakkan dalam bilik di dalam rumah anda, atau anda boleh mencipta bilik untuk lokasi luar seperti anjung hadapan atau belakang rumah.
Pemberitahuan: Pilih masa untuk menerima pemberitahuan (contohnya, pada bila-bila masa anda tiada di rumah), apabila pergerakan dikesan, atau apabila klip dirakam. Anda juga boleh memilih untuk membenarkan petikan diambil apabila pergerakan dikesan.
Penstriman & Rakaman: Pilihan termasuk Nyahaktif, Kesan Aktiviti, Strim dan Strim & Benarkan Rakaman.
Anda boleh mencipta seting berasingan untuk apabila anda di rumah dan apabila anda tiada di rumah. Sebagai contoh, semasa anda di rumah, anda mungkin memilih untuk menghentikan penstriman dan rakaman untuk kamera di dalam rumah anda, tetapi terus menstrim dan merakam daripada kamera luar.
Pilihan Rakaman: Kamera anda boleh merakam apabila sebarang pergerakan dikesan atau apabila pergerakan khusus dikesan. Pilih Pergerakan Khusus untuk membuatkan rakaman video dicetuskan oleh pergerakan orang, haiwan, atau kenderaan.
Petua: Memilih pergerakan khusus dan bukannya sebarang pergerakan menghasilkan kurang klip (dan kurang pemberitahuan klip) dan kurang video untuk disemak. Sebagai contoh, pilih Orang dan kamera anda tidak akan menangkap pergerakan daun pada pokok.
Lihat video
Dalam app Rumah pada Mac anda, klik jubin kamera pada skrin Utama.
Video langsung sepatutnya dimainkan secara automatik.
Klik klip untuk memainkan klip, atau gosok menerusi garis masa di bahagian bawah skrin untuk melayari klip dirakam.
Untuk bertukar kembali ke video langsung, klik Langsung.
Apabila anda mengesetkan kamera untuk mengesan pergerakan khusus, garis masa memaparkan simbol unik untuk orang, haiwan dan kenderaan.
Pilih pilihan akses
Anda boleh membenarkan orang lain melihat video daripada kamera anda.
Dalam app Rumah pada Mac anda, pilih Edit > Edit Rumah.
Di bawah pengepala Orang, klik orang.
Klik Kamera, kemudian pilih pilihan.