
Editor Skor dalam GarageBand pada Mac
Editor Skor memaparkan rantau MIDI sebagai tatatanda muzik, termasuk not, rehat dan penandaan pedal kekal. Anda boleh menambah dan mengedit not dan simbol muzik lain.

Bar menu Editor Skor: Mengandungi menu timbul Grid dan gelangsar zum.
Pemeriksa Editor Skor: Mengandungi kawalan untuk mengkuantumkan pemasaan not dan melaraskan pic serta kelajuan not.
Kawasan Paparan: Menunjukkan not dalam rantau MIDI sebagai tatatanda muzik.
Pembaris: Menunjukkan pembahagian masa agar anda boleh menjajarkan dan mengedit not pada kedudukan masa yang tepat.
Penunjuk main: Menunjukkan kedudukan main balik semasa.
Buka Editor Skor
Dalam GarageBand pada Mac, lakukan salah satu daripada berikut:
Dwiklik rantau MIDI dalam kawasan Trek, kemudian klik Skor.
Pilih trek instrumen perisian, kemudian klik butang Editor
dalam bar kawalan, kemudian klik Skor.
Pilih trek instrumen perisian, pilih Paparan > Tunjukkan Editor, kemudian klik Skor.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penggunaan Editor Skor, lihat Pengenalan kepada Editor Skor dalam GarageBand pada Mac.