Anda menambah trek pada projek untuk menyimpan rakaman, gelung dan bahan lain. Apabila anda menambah trek, anda boleh memilih jenis trek, format, input dan sumber (untuk trek audio) dan output. Pilihan dalam dialog Trek Baharu berbeza-beza, bergantung pada jenis trek yang anda cipta.
Trek baharu kelihatan dalam kawasan Trek.
Dalam GarageBand pada Mac, lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Trek > Trek Baharu (atau tekan Option-Command-N).
Klik butang Tambah Trek di atas pengepala trek.
Pilih jenis trek dengan mengklik salah satu butang dalam dialog Trek Baharu.
Anda boleh mencipta trek instrumen perisian, trek Drummer, atau trek audio (menggunakan pilihan “Mikrofon atau Talian” atau “Gitar atau Bes”).
Jika perlu, klik anak panah pendedahan Butiran untuk menunjukkan butiran trek baharu.
Untuk menukar peranti output, klik anak panah selepas teks “Saya mendengar bunyi daripada”, kemudian pilih peranti daripada menu timbul Peranti Output dalam Seting.
Untuk trek audio, lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk menukar sumber input, pilih input daripada menu timbul Input.
Untuk menukar peranti input, klik anak panah selepas teks “Instrumen saya disambungkan dengan”, kemudian pilih peranti daripada menu timbul Peranti Input dalam Seting.
Untuk mengaktifkan pemantauan untuk trek audio: Pilih kotak semak “Saya mahu mendengar instrumen saya semasa saya bermain dan merakam”.
Klik Cipta.
Trek baharu muncul dalam kawasan Trek dan Pustaka terbuka agar anda boleh memilih tampalan untuk trek.