Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Anda boleh memotong atau menyalin rantau dalam kawasan Trek dan menampalnya pada kedudukan berlainan. Anda juga boleh menampal rantau yang disalin pada kedudukan yang sama, untuk menggandakan rantau dengan cepat untuk digunakan pada trek lain.
Dalam GarageBand pada Mac, lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih rantau, kemudian pilih Edit > Potong (atau tekan Command-X).
Control-klik rantau, kemudian pilih Potong dari menu pintasan.
Dalam GarageBand pada Mac, lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih rantau dalam kawasan Trek, kemudian pilih Edit > Salin (atau tekan Command-C).
Option-seret rantau.
Control-klik rantau, kemudian pilih Salin dari menu pintasan.
Apabila anda menyalin rantau audio, rantau baharu mengekalkan nama asal, dengan nombor jujukan ditambah. Contohnya, untuk rantau yang bernama MyLoop, salinan pertama ialah MyLoop.1, salinan kedua ialah MyLoop.2 dan seterusnya.
Dalam GarageBand pada Mac, alihkan penunjuk main di titik dalam kawasan Trek yang anda mahu rantau bermula, kemudian pilih Edit > Tampal (atau tekan Command-V).