Edit rantau drummer dalam GarageBand pada Mac
Terdapat beberapa seting dalam Editor Drummer yang mempengaruhi gaya main drummer. Seting ini terletak di sebelah kanan kawasan praset.
Anda boleh mengedit kerumitan dan kekuatan persembahan, senyapkan atau nyahsenyapkan alat serta memilih instrumen untuk dimasukkan dalam corak. Anda menggunakan ikon genderang untuk mengaktifkan instrumen berlainan dan anda boleh memilih antara pelbagai variasi berlainan untuk dram dan alat genderang. Anda juga boleh memilih untuk memainkan masa separuh atau masa berganda untuk tendang dan jerut.
Laraskan kekompleksan dan kekuatan persembahan
Dalam GarageBand pada Mac, seret puck ke kedudukan lain dalam pad XY.
Lebih ke kanan anda tempatkan puck, semakin kompleks bunyiny; semakin tinggi anda meletakkan puck, semakin kuat bunyi dimainkan.
Pilih variasi corak untuk instrumen dram
Dalam GarageBand pada Mac, pilih instrumen, kemudian seret gelangsar ke sebelah kanan instrumen atau pilih peningkatan.
Dalam sesetengah kes, anda boleh memilih lebih daripada satu instrumen dalam satu kategori.
Senyapkan atau nyahsenyapkan dram atau instrumen genderang
Dalam GarageBand pada Mac, lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk menyertakan bahagian dalam persembahan: Klik alat agar ia dipilih atau dinyahsenyapkan.
Untuk mengeluarkan alat daripada persembahan: Klik alat agar ia dimalapkan atau disenyapkan.
Gunakan variasi separuh masa atau dua kali ganda masa untuk dram tendang dan jerut akustik
Dalam GarageBand pada mac, pilih 1/2 atau 2x di hujung kanan gelangsar Tendang & Jerut.
Laraskan teknik berus jerut drummer menggunakan kit berus
Semasa menggunakan drummer yang menggunakan berus jerut, kotak semak Brush Sweep atau Brush Tap akan muncul di bawah gelangsar Tendang & Jerut. Memilih Brush Sweep mendayakan teknik berus berputar melibas seperti isian genderang. Memilih Brush Taps mendayakan teknik ketikan lembut berus jerut.
Dalam GarageBand pada Mac, pilih kotak semak Brush Sweep atau Brush Taps di bawah hujung kiri gelangsar Tendang & Jerut.
Nota: Nama kotak semak akan menunjukkan teknik berus yang digunakan oleh drummer dipilih. Sebagai contoh, apabila Austin dipilih, ia menjadi kotak semak Brush Taps, kerana dia mempersembahkan brush taps. Namun, apabila Tyrell dipilih, ia menjadi kotak semak Brush Sweep, kerana dia memainkan brush sweeps.
Drummer membuat persembahan menggunakan teknik berus jerut yang dipilih.
Edit seting persembahan lain
Dalam GarageBand pada Mac, lakukan salah satu daripada berikut:
Kurangkan atau tingkatkan bilangan dan panjang isian: Seret tombol Isian ke bawah atau ke atas.
Anda boleh mengklik kunci untuk menghalang sebarang perubahan pada seting isian apabila bertukar praset atau drummer.
Laraskan rasa rombak bagi corak yang sedang bermain sekarang: Seret tombol Ayunan secara menegak.
Anda boleh mengklik kunci untuk menghalang sebarang perubahan pada seting ayunan apabila bertukar praset atau drummer.
Pilih sama ada ayunan adalah berasaskan not lapan atau not enam belas: Klik butang ke-8 atau ke-16.
Sebarang perubahan atau pilihan yang anda buat dalam Editor Drummer mempengaruhi hanya rantau yang dipilih, bukan keseluruhan trek.