Gunakan VoiceOver dengan automasi dalam GarageBand untuk iPhone
Dalam GarageBand untuk iPhone, anda boleh menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk mencipta dan mengedit titik automasi kelantangan bagi setiap trek.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan automasi dalam lagu anda, lihat Automasikan perubahan kelantangan dalam GarageBand untuk iPhone.
Buka automasi
Navigasi ke ikon trek, putarkan rotor VoiceOver ke Tindakan, leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Automasi”, kemudian dwiketik.
Aktifkan lorong automasi
Selepas anda membuka automasi, leret secara mendatar sehingga anda mendengar nama trek dan nombor diikuti dengan “Titik Automasi”, kemudian dwiketik.
Lorong automasi diaktifkan dan kursor VoiceOver bergerak ke titik automasi di permulaan bar pertama.
Cipta titik automasi
Selepas anda mengaktifkan lorong automasi, lakukan satu daripada berikut:
Cipta titik automasi di rentak seterusnya: Putarkan rotor VoiceOver ke Tindakan, leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Cipta Automasi Baharu pada Rentak Seterusnya”, kemudian dwiketik.
Cipta titik automasi antara titik automasi sedia ada: Leret ke kiri atau ke kanan untuk memilih titik automasi ke sebelah kiri yang anda mahukan titik automasi baharu kelihatan. Putarkan rotor VoiceOver ke Tindakan, leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Cipta Automasi Baharu di antara Titik ini dan Titik Seterusnya”, kemudian dwiketik.
Pilih titik automasi
Selepas anda mencipta titik automasi, navigasi ke titik automasi, kemudian dwiketik.
Untuk memilih berbilang titik automasi, navigasi ke setiap titik yang anda mahu tambahkan ke pilihan, kemudian dwiketik. Untuk menyahpilih titik automasi, navigasi kepadanya, kemudian dwiketik lagi.
Alihkan titik automasi
Pilih satu atau lebih titik automasi, dwiketik dan tahan sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian seret secara mendatar atau menegak.
Padam titik automasi
Pilih satu atau lebih titik automasi, putarkan rotor VoiceOver ke Tindakan, leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Padam”, kemudian dwiketik.
Tutup automasi
Navigasi ke butang Selesai, kemudian dwiketik.