Gambaran keseluruhan Live Loops GarageBand untuk iPhone
Live Loops direka untuk memudahkan penciptaan muzik bagaikan DJ atau penerbit muzik elektronik. Dengan Live Loops, anda boleh memainkan, mengedit dan menyusun idea muzikal dalam masa nyata. Setiap frasa atau gelung muzik wujud dalam sel dalam grid Live Loops. Dengan bekerja dalam grid, anda boleh memulakan dan menghentikan main balik sel dengan bebas, sambil memastikan semuanya diselaraskan.
Apabila anda mengetik Live Loops dalam pelayar Bunyi, pelayar Templat muncul di tempat pelayar Bunyi. Anda boleh memilih templat Live Loops yang mengandungi set instrumen dan sel yang diprarakam, atau memilih grid kosong. Anda boleh merakam idea anda sendiri dan menambah gelung atau fail audio pada grid. Anda juga boleh menambah rantau daripada paparan Trek ke grid, menggunakan Remix FX dan merakam persembahan Live Loops ke paparan Trek.
Pilih templat Live Loops
Dalam pelayar Bunyi, ketik Live Loops.
Dalam pelayar Templat, leret ke kiri atau kanan untuk melihat templat tambahan.
Ketik templat.
Bertukar ke tempat lain
Dalam grid Live Loops, ketik butang Pelayar .
Dalam pelayar Templat, ketik templat lain.