Gunakan VoiceOver untuk menyusun dan mengedit rantau dalam GarageBand untuk iPhone
Anda boleh menggunakan beberapa gerak isyarat VoiceOver untuk menyusun dan mengedit rantau dalam GarageBand untuk iPhone. Anda boleh menggunakan pilihan rotor Tindakan untuk mengakses kebanyakkan fungsi pengeditan dan seting rantau tambahan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mengedit rantau, Edit rantau dalam GarageBand untuk iPhone.
Pilih rantau
Navigasi ke rantau yang anda mahu pilih, putarkan rotor VoiceOver ke Tindakan, leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Aktifkan”, kemudian dwiketik.
Pilih berbilang rantau
Navigasi ke rantau tambahan yang anda mahu pilih.
Putarkan rotor VoiceOver ke Tindakan, leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Tambah ke atau Keluarkan daripada Berbilang Pilihan”, kemudian dwiketik.
Nyahpilih rantau yang dipilih
Navigasi ke rantau tambahan yang anda mahu nyahpilih.
Putarkan rotor VoiceOver ke Tindakan, leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Tambah ke atau Keluarkan daripada Berbilang Pilihan”, kemudian dwiketik.
Pangkas rantau
Navigasi ke rantau yang anda mahu pangkas, kemudian pilihnya.
Leret ke kanan sehingga anda mendengar “Pemegang Saiz Semula Kiri” atau “Pemegang Saiz Semula Kanan” untuk memilih pemegang saiz semula kiri atau kanan.
Leret ke atas atau ke bawah untuk menggerakkan pemegang saiz semula ke kanan atau ke kiri sebanyak satu rentak.
Untuk menggerakkan pemegang saiz semula dalam tokokan lebih kecil, dwiketik dan tahan sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian leret ke atas atau ke bawah.
Pisahkan rantau
Navigasi ke rantau yang anda mahu pisahkan, putarkan rotor VoiceOver ke Tindakan, leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Pisah”, kemudian dwiketik.
Kursor VoiceOver beralih ke penanda Pisah yang kelihatan pada rantau.
Untuk mengalihkan penanda Pisah ke tempat yang anda mahu pisahkan rantau, lakukan satu daripada berikut:
Alihkan penanda Pisah ke kanan atau kiri ke rentak terdekat: Leret ke atas atau ke bawah.
Alihkan penanda Pisah dalam tokokan lebih kecil: Dwiketik dan tahan sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian leret ke kiri atau ke kanan.
Dwiketik untuk memisahkan rantau pada penanda Pisah.
Selepas anda memisahkan rantau, kursor VoiceOver kekal pada penanda Pisah. Jika anda mahu membuat pisahan tambahan, alihkan penanda Pisah ke lokasi baharu dan ulang langkah 3.
Alihkan rantau
Navigasi ke rantau yang anda mahu alihkan, kemudian dwiketik untuk memilihnya.
Leret kanan sehingga anda mendengar “Pemegang Pindah Rantau”.
Untuk mengalihkan Rantau, lakukan satu daripada berikut:
Alihkan rantau ke kanan atau kiri ke rentak terdekat: Leret ke atas atau ke bawah.
Alihkan rantau dalam tokokan lebih kecil: Dwiketik dan tahan sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian leret ke kiri atau ke kanan.
Akses seting rantau tambahan
Anda boleh mengakses seting rantau tambahan menggunakan pilihan rotor Tindakan. Seting ini termasuk Peningkatan, Kelajuan, Menggelung, Balikkan dan sebagainya, bergantung pada jenis rantau yang dipilih.
Navigasi ke rantau kemudian dwiketik untuk memilihnya.
Putarkan rotor VoiceOver ke Tindakan, leret ke atas atau ke bawah sehingga anda mendengar “Seting”, kemudian dwiketik.
Tetingkap dibuka, mengandungi senarai seting rantau tambahan.
Leret secara mendatar untuk menavigasi menerusi seting.
Untuk melaraskan seting dipilih, lakukan satu daripada berikut:
Laraskan gelangsar: Leret ke atas atau ke bawah.
Aktifkan atau nyahaktifkan suis: Dwiketik.
Buka menu: Dwiketik.
Pilih item menu: Dwiketik.
Apabila anda selesai melakukan perubahan, navigasi ke Selesai, kemudian dwiketik.